Saya dan keluarga

Tumpang Populariti Siapa Sebenarnya?

Throwback : Sejak 2016 lagi UN dan aktif dalam facebook dan juga media. Turun naik dalam kerjaya dan juga media ada yang UN share dalam facebook dan juga dalam buku UN. Tapi buku un sedang dalam proses pembaikkan demi kesejahteraan semua, iaitu UN dan juga pasukan UN.

POLIS WANITA

Tapikan…kenapa masih ada yang kata UN “tumpang populariti”? Opsss , (sambil tutup tangan di mulut). 🙂 Adoi, betullah apa dalam jiwa kita, itulah yang terhasil diminda dan juga dizahirkan. Kata Prof Muhaya, jiwa keladak , pikiran keladak hasilnya keladak. Tapi jika baik maka baiklah semuanya.

keleb blogger ben ashaari

Sampai la ini, UN nak ucap Thank kepada Ben Ashaari , sebab asbab masuk dalam komuniti #KBBA9 jugalah yang memangkin UN sampai sekarang. Thank Aben bagi i tumpang popular. Hahaha bukan popular ku kejar, tetapi apa sumbangan pada agama dan keluarga yang ku ingin kejar. Malah, jauh sekali ingin mengejar pada dunia yang belum tentu akan kembali pada kita saat memerlukan.

Buat apa yang kita suka dan apa yang kita minat. Supaya lahirlah jiwa yang bahagia dan gembira atas apa kita usahakan. Tapi sehingga kini masih tak jutawan , sebab makan gaji Inspektor dan blogging atas dasar suka menulis. Ala. itu jutawan dunia, tapi UN nak kumpul lebih pahala Un menjadi jutawan akhirat. Biarpun dengan menulis.

Apabila UN tiada lagi di dunia , masih ada yang mengingati dan mendoakan UN

Harap satu hari nanti, apabila UN tiada lagi di dunia , masih ada yang mengingati dan mendoakan UN. Malah, UN harap biarpun UN tidak lagi di satu-satu tempat, tetapi biarlah namaku disebut dengan penuh kemegahan dan ada martabat. Allah ya ALLAH, tutupi ain aku dan terima kasih Allah kerana sentiasa menzahirkan yang baik-baik sahaja. Syukur Ya Allah.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *