akrab pdrm perkhidmatan awam
InspektorMama

Kursus Kaunseling PDRM 2019 – Satukan Kami Jadi Keluarga

Assalamualaikum semua, apa khabar. Un rindu sangat nak menulis. Namun kerana kekangan tugas dan kelas dari pagi sampai awal pagi maka, Un terpaksa tinggalkan blog kesepian bersendirian. Okay, bagi mulakan semula mood blogging, Un nak share apa yang Un buat dalam tempoh 3 minggu ini. Sejak 1 April 2019 – hari ini 19 April  2019 UN sebenarnya hadir ke Kursus Kaunseling PDRM 2019 hanya untuk pegawai kanan daripada Insp-Asp di Maktab Polis Cheras.

Kursus Kaunseling Pegawai Kanan PDRM 2019 –  3 Minggu

Sepanjang tiga minggu UN di maktab, masyaAllah kami bukan sahaja belajar ilmu baru. Malah sepanjang tiga minggu ini juga Un telah pun direzekikan dengan sahabat dan juga mentor yang  sangat baik.

Silibus pembelajaran kami “padat”

Silibus yang kami belajar sangat banyak. Ya Allah, pada minggu pertama dan kedua, fuh balik sahaja ke bilik terus flat! Letih sebab otak terpaksa proses pelbagai ilmu baharu. Tapi seronok dengan ilmu ini kami dapat manfaatkan dalam kerjaya kami selepas ini.

Setiap hari kelas kami bermula seawal jam 830pagi dan habis pada jam 1030malam. Ya, memang sampai malam.  Kawan-kawan sekelas sahaja tahu apa perasaan kami kalau dah terkurung dalam kelas selama beberapa jam. Jadi ada masanya kelas terpaksa di pendekkan demi memberi ruang untuk kami ‘tarik nafas’ dan buka minda untuk kelas keesokkan harinya.

Kursus Kaunseling PDRM 2019 – Bentuk Konsep Kendiri Positif

Sepanjang tempoh 3 minggu, kami seolah-olah sebuah keluarga besar yang saling menerima dan membahagiakan. Pelbagai latar belakang dan pelbagai sejarah kami dalam PDRM disatukan disini. Saling mengenali dan memberi kata peransang. Terima kasih PDRM, kursus ini menyatukan kami.

Kalian akan terus dalam ingatan UN

Doakan ilmu yang kami pelajari disini dapat kami aplikasikan dalam keluarga dan juga dalam kerjaya kami. Tidak ada yang lebih baik, selain mengamalkan ilmu yang kami perolehi. Semoga ikatan ukhwah antara kami akan menjadikan kami sebuah keluarga yang jauh tapi sentiasa dekat dihati. Tahniah kepada semua yang berjaya hadir ke Kursus Kaunseling Pegawai Kanan PDRM 2019, kalian akan terus dalam ingatan UN. Jumpa lagi dalam nota berikutnya- Aktiviti Luar – Jalinan Kemesraan Antara Peserta Kursus Kaunseling Pegawai Kanan PDRM 2019.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *