Saya dan keluarga

Aktiviti Luar – Jalinan Kemesraan Peserta Kursus Kaunseling

Hi semua,ni ha ada nak sambung story betapa kami excited untuk keluar dari Maktab setelah 2 minggu terkurung kelas dari pagi hingga malam. Huhuuu otak dah setebal tebal buku exsklopedia. Memang tebal yang amat menuntut ilmu sepanjang 2 minggu kami dalam maktab bagi Kursus Asas Kaunseling.

Masuk minggu ke-3, ikutkan kami akan ditempatkan di Port Dickson kalau ikutkan. Namun begitu atas sebab yang tidak dapat nak elak, maka kami hanya menjalankan sessi di Maktab Cheras juga. Okay sahaja, sebab kami semua memang positif. Setiap ketentuan pasti ada hikmahnya. Oleh yang demikian, setiap sessi kami masih berjalan seperti biasa. Ya, masih lagi kelas sehingga malam dan tidak dapat dielak.  

Cuma, kami juga diberikan kelonggaran bagi minggu terakhir untuk berpakaian pereman dan sesuai dengan kelas.

Retreat sampai malam

Kelas kami sepanjang minggu ketiga juga sangat padat. Antara program yang kami jalankan adalah sessi “collage”, iaitu gunting dan lekas. Satu malam hanya satu aktiviti ini dan pada malam berikutnya kami akan bedah siasat apakah yang terdapat dalam gambaran kami. Ianya berbeza dengan dreamboard, dan sangat boleh pergi lebih mendalam memahami setiap situasi.

Team Building di Hulu Langat

Hari berikutnya, kami menjalankan aktiviti team building di Hulu Langat. Aktiviti kami bermula seperti biasa pada 830pagi. Kami mula bergerak ke Hulu Langat. Aktiviti yang dijalankan di Hulu Langat adalah , telefon buruk, treasure hunt, istana pasir dan juga ‘pet game’(tak ingat nama apa mainan ni!).

Praktikal di SMK Sains Selangor

Setelah balik dari aktiviti luar kami sambung dengan praktikal kaunseling di Sek Men Sains Selangor. Dan di sekolah ini kami diberikan seorang klien. Menarik dan pada masa yang sama, kami belajar aplikasi teknik yang dipelajari secara real.

Penutup – Manito & Guardian

Akhirnya pada hari terakhir kami di Maktab tidak lain kami membongkarkan siapa manito dan guardian sepanjang kursus 3 minggu di maktab. Selama 3 minggu inilah guardian akan memberikan kata-kata semangat kepada manito. Ianya seperti mentor menti, dan hanya tahu pada akhir kursus. Ketika majlis inilah baru masing-masing tahu siapa yang memberikan kata semangat dan memerhati sepanjang 3 minggu dalam kursus ini. Sesungguhnya ukhwah disini terus terjalin, jauh di mata dekat dihati. Kami akhirnya, menjadi sebuah keluarga besar yang saling mengenali hati budi masing-masing. Tahniah kepada semua kawan-kawan peserta dan PDRM kerana menganjurkan program seperti ini.

fbt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *