InspektorMama

Selamat Hari Wanita Kepada Semua Yang UN Sayangi

Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Yang akan membahagiakan…Syurga di dalam rumah tangga. Selamat Hari Wanita

Senyuman mak akan sentiasa mekar di hati.

Hi semua, wanita yang UN kasihi. Selamat Hari WANITA. Un sangat menghargai kehadiran wanita hebat dalam hidup UN. Mestilah yang paling utama, bonda UN sendiri. UN membersar dengan kekuatan semangat seorang ibu yang melahirkan UN dan membesarkan UN walau dia hanya seorang suri rumah.

Ketabahan bonda sendiri, buat  UN kuat hari ini. Bagaimana tangisan malam mak ketika UN membesar dahulu terdengar dik telinga UN, begitu jugalah UN ingin kuat. Biarpun apa cabaran datang, dia tetap tabah meniti hari tua. Sebagai anak, UN harap apa yang UN curahkan kepada bonda UN akan menjadi asbab kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan UN pada masa akan datang.

Kedua, rakan Blogger KBBA9

Selamat Hari Wanita

Kami tidak kenal antara satu sama lain. Disatukan dalam group wassap oleh Ben Ashaari dibawah satu Kelab Blogger Ben Ashaari. Setiap hari berbeual mesra dalam group wassap, seolah-olah kami sebuah keluarga besar yang berlainan latar belakang.

Kekuatan jiwa mereka, mengajar UN erti syukur. Ya, mereka hebat! Merekalah suri dalam rumahtanggan, mereka jugalah ibu dan mereka juga yang memberikan manfaat kepada dunia tanpa sempadan. Walaupun mereka tidak berada di lapangan tugas hakiki harian, namun jari jemari halus mereka sentiasa memberikan inspirasi kepada masyarakat.

Mereka berjuang melalui penulisan dalam pelbagai arena yang mereka mahir. Setiap hari ada sahaja perkongsian hebat daripada blogger dalam KBBA9. Sebagai wanita, mereka menulis pelbagai cerita dan perkongsian. Ada yang menulis ceritera mereka bersama gelagat anak-anak yang menceriakan hari mereka, malah tidak kurnag juga yang berkongsi resepi dengan wanita lain di luar sana. Merekalah sahabat UN yang menceriakan setiap hari UN dan menjadi sebahagian dalam hidup UN seharian. Sunyi tanpa kehadiran mereka walaupun hanya di alam maya.

Boss & Rakan Sekerja UN

Mereka berbeza latar belakang. Namun walaupun hanya seketika UN bersama mereka, menreka mengajar UN erti hidup. Mereka jugalah guru kehidupan UN yang mengajar erti sebuah kehidupan.

Walaupun kami bekerja dalam lapangan lelaki, namun UN sangat menghargai kehadiran mereka dalam hidup UN. Merekalah yang memberikan semangat untuk UN terus maju dan berbakti kepada Negara. Siapapun mereka yang UN jumpa dalam pasukan, UN sangat menghormati mereka. Merekalah wanita hebat yang bukan hanya berjuang dalam rumahtangga tetapi berjuang dalam pasukan yang gah hebat ini iaitu PDRM.

Tidak lain, tanpa keluarga tanpa jiran kita kesunyian.

Beginilah kehidupan. Kehadiran jiran-jiran UN sangat membahagiakan. Mereka jugalah kakak-kaka yang sentiasa berada dibelakang UN dalam masyarakat. Terima kasih kakak-kakak jiran yang dikasihi.

Selamat Hari Wanita

Selamat hari wanita kepada semua, siapapun anda, andalah wanita hebat yang pernah UN jumpa. Un sangat menghargai perkenalan kita. Walaupun ada masanya UN terpalit dengan politik kotor, namun UN sangat menghargai kalian. Apapun tidak terjadi sesuatu tanpa izin dan perancangan daripada yang MAHA ESA.

Satu sahaja UN pegang, jangan lawan fitrah dan kehendak Allah swt, sebab dia maha mengetahui. Akhirnya, Un hadiahkan sekumtun senyuman buat semua yang membaca coretan jiwa UN. UN sangat sayang kalian, tanpa kalian mungkin UN takkan belajar erti hidup ini. Selamat hari wanita!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *