InspektorMama

PRK N24 Semenyih ; Coretan Un

Hi semua, baru hari ini dapat menjengah semula laman diari UN ini. Serius selepas penat dalam PRK N24 Semenyih, mood nak menulis hilang seketika walaupun sebenarnya UN banyak story nak cerita.

Sepanjang 2 minggu UN terlibat dengan task media atau pegawai media bagi PRK N24 Sememnyih UN jarang sekali masuk pejabat. UN hanya ke Subtek di Balai Semenyih sahaja. Team UN semua bagus. Tapi biasalah macam juga menjaga anak sendiri, ada banyak perangai. Ada yang pemalu ada yang havoc, ada pendiam tetapi rajin bekerja. Semua ada. UN personally seronok bekerja dengan team ini. Siapa juga mereka dalam team UN, mereka ajarkan UN banyak perkara. Ajar UN buat teks media dan lain-lain yang tak perlu nak disebutkan. Ilmu yang diajarkan berharga. UN memang jenis suka belajar, once ada peluang wowww.. untung sangat. Perhati, balik dan cuba buat. InsyaAllah boleh buat sendiri , ini general UN cerita.

Insp Markartini, Supt Mohd Sabri, Tasha dan Un

Kami diketuai oleh jurucakap PRK bagi IPD Kajang iaitu, Supt Mohd Sabri Bin Abdullah. Kami sama-sama belajar perkara baru, yang tak betul diperbetulkan. Alhamdulillah daripada awal sehingga selesai PRK N24 Semenyih semuanya berjalan lancar. Syukur.

Dinner Sempoi Team Media PRK N24 Semenyih


Dinner kami sempoi. UN decide untuk belanja sate dengan pizza. Haaa…kata datang Kajang kan, so inilah yang ada. Sate, tapi bukan sate samuri. UN tak pasti apa nama sate..owhhh ..memang lupa! Tapi kami semua di belanja oleh bos kami lah. UN hanya meramaikan masjlis.

Malam jamuan inilah PM Tun Dr Mahathir datang. Memang ramai penyokong ke TESCO Semenyih. At last, UN nak keluar pun ambik masa berjam! Tepat 12 malam UN baru gerak dari depan Stesen Minyak PETRONAS.

Hari PRK N.24 Dun Semenyih

Hari yang dinantikan pun tiba. Kami dah standby seawal jam 5.00 pagi. Memang begini la tugas polis, orang belum keluar kami dah di jalan. Jadi seawal pintu saluran dibuka, polis dah masuk lokasi. UN pula masuk pejabat sahaja dah standby dengan team media untuk lawatan ke lokasi.

Cik Shiera dan crew Tv3

Kami gerak awal ke Balai Orang Ramai Semenyih dan beberapa lokasi lain. Termasuklah ke SMK Bandar Tasek Kesuma.

Bersama barisan petugas PGA Bn.4


Jadi perjalanan sepanjang UN bertugas PRK N.24 Semenyih, UN coretkan disini untuk kenangan penglibatan UN dan team media. Sekian. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *