pegawai media
Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Pegawai Media PRK ; Ajari UN tentang “accountability”

Supt Mohd Sabri Bin Abdullah

Hi semua, apa khabar ..rindui UN tak? Huhuuu UN busy yang teramat ini. Yer la esok adalah hari PRK N.24 Dun Semenyih. UN sebagai pegawai media bagi PRK kali ini. Urusan UN dengan wartawan dan juga spoke person bagi IPD iaitu SUP T Sabri Bin Abdullah. (Catatan pada : 1Mac 2019)

Sepanjang tempoh berkempen ini UN belajar banyak perkara. Terutamanya  “vocabulary” dalam bahasa atau “terms” jenayah dan bahasa perundangan. Yer, UN memang polis. Tapi bahasa yang UN guna seharian biasanya bahasa atau terms biasa. Sebabnya kami trafik ini direct kes. So, tidak banyak gunakan bahasa perundangan. 

Jadi, peluang yang diberikan UN gunakan sebaiknya bagi memastikan kelancaran tugas dan juga sebagai persediaan UN menghadapi tugas mendatang selama lebih 26 tahun akan datang. UN menghargai peluang yang diberikan. Ini peluang keemassan yang UN tidak seharusnya persiakan. Pilihan Raya Kecil (PRK) bukan selalu. Dan apa yang terjadi kali ini adalah sebagai “dry run” untuk UN sendiri. Belajar bagaimana mengatur urus sesuatu acara dan program. PRK adalah medan pelajaran bagi orang baru seperti UN yang sebelum ini tidak pernah berpeluang terlibat dengan PRK dan juga PRU.

Pengawai media; aku belajar

Tidak mudah menjadi ketua. Walaupun ditegur dan kena ulang kerja berkali-kali, tapi UN ambil ia sebagai pelajaran positif. UN tahu, suatu hari nanti, apabila UN berada di suatu tahap yangt lebih tinggi, UN akan dipertanggungjawabkan  dengan lebih tanggungjawab dan memegang “accountability” yang lebih berat.

Jika hari ini, UN menyediakan kenyataan media dan juga jawapan kepada persoalan wartawan, UN belajar teknik dan cara menjawab yang betul. Dalam memberikan jawapan dalam sesuatu soalan, kita mestilah mahir menjawab dan memastuikan jawapan kita tidak memberikan impak negatif kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Bukan mudah, namun ianya ilmu yang sangat mahal. Sesungguhnya UN amatlah bertuah. Semoga suatu hari nanti apabila sampai masanya, UN akan memberikan dan mengeluarkan semual ilmu ini pada sesiapa yang memerlukan.

Syukur. Terima kasih YDH Tuan OCPD

Syukur. Terima kasih YDH Tuan OCPD, ACP Ahmad Dzaffir Bin Mohd Yussof dan Tuan SUPT Mohd Sabri Bin Abdullah yang bertindak sebagai jurucakap bagi PRK N.24 Dun Semenyih. Thank you juga pada team media UN yang sangat bagus dalam menjalankan tugas dan amanah. Syukur. Semoga kita semua menghargai peluang yang diberikan untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.  

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *