Kerjaya

Mesyuarat Agung PERKEP Kajang Sesi 2019/2020

8 Februari 2019 (Jumaat) – Mesyuarat Agung PERKEP Kajang Sesi 2019/2020 telah diadakan di Sg Long Golf Resort.

Sebelum bermula kita bergambar dahulu. Ini barisan polis trafik wanita IPD Kajang
Ini barulah nampak muka masing-masing.

Mesyuarat Agung PERKEP Kajang Sesi 2019/2020 kali ini telah dirasmikan oleh YDH ACP Ahmad Dzaffir Bin Mohd Yussof, Penaung PERKEP Kajang. Majlis ini juga juga dihadiri oleh Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan Ketua Polis Balai yang telah menjadi sebahagian kepada penggerak PERKEP Kajang.

Nyanyian Lagu PERKEP

Pada majlis ini juga telah diadakan sesi penyampaikan sijil kepada suami-suami yang terdiri daripada warga IPD Kajang yang telah bersama memberikan sokongan kepada PERKEP Kajang. Tanpa sokongan suami dalam menyokong ahli PERKEP, pastinya isteri tidak dapat bersama-sama dalam mengerakkan PERKEP ini.

Mesyuarat Agung PERKEP Kajang Sesi 2019/2020 –
sesi penyampaikan sijil penghargaan

Pada majlis ini juga telah diadakan sesi penyampaikan sijil penghargaan kepada Biro/Penyelaras PERKEP Kajang sesi 2018/2019 dan atlit yang telah banyak menyumbangkan tenaga dalam aktiviti sukan PERKEP dan IPD. Tanpa melupakan jasa dan bakti P/ASP Azlinda Binti Abtu, YBhg Pengerusi turut menyampaikan cenderahati kenangan kepada beliau yang akan melaporkan diri ke Bukit Aman pada 11 Februari 2019 ini.

Pada Mesyuarat Agung PERKEP Kajang Sesi 2019/2020 juga telah diadakan majlis penyampaikan cenderahati kepada TOKOH PERKEP Kajang iaitu SI Zaiton Binti Abdollah yang telah berkhidmat di IPD Kajang selama 38 tahun. Beliau telah banyak mencurahkan bakti kepada IPD serta PERKEP Kajang, tanpa mengira penat dan lelah. Oleh itu, beliau telah dinobatkan sebagai TOKOH PERKEP KAJANG bagi tahun 2018.

Majlis Pelancaran Buletin PERKEP IPD Kajang Edisi 1/2018

Acara kemuncak pada majlis ini adalah Majlis Pelancaran Buletin PERKEP IPD Kajang Edisi 1/2018 dan pemotongan kek bagi simbolik perasmian Mesy Agung PERKEP Kajang Sesi 2019/2020. Pelancaran Buletin dan simbolik pemotongan kek telah disempurnakan oleh YDH Penaung PERKEP Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Bin Mohd Yussof.

Akhirnya selesai perasmian Mesyuarat Agung PERKEP 2019/2010, telah diadakan sesi pembubaran dan perlantikkan BIRO/Penyelaras bagi sesi ini.

Ketika Sesi Pembentangan
BIRO / PENYELARAS PERKEP IPD KAJANG 2019/2020

Meraikan kegembiraan :

Ucapan Tahniah daripada kami untuk Pengerusi PERKEP Kajang atas kenaikan pangkat DSP

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah diamanahkan jawatan dalam PERKEP Kajang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *