Umminani

Lelah; Demi anak gagahi jua

Kisah 6 Feb 2019; 2 hari cuti ; Pagi semalam pujuk rayu anak-anak berjaya gerakkan langkah kaki Ummi abah ke Sg Tekala. Mujuq dekat, 15minit sampai.

Sg Tekala

Balik Sg Tekala, terus Ummi siap pergi pejabat setlekan planning lalulintas VIP nak datang Kajang. Nak aturkan anggota bertugas lagi, jalan lagi.. tup tup tengok jam, pukul 6 ptg. Sat sangat masa berlalu, 3-6pm. 😅

Kisah Di Dataran Purajaya :


Terus sampai rumah, rehat dan solat. Bawa anak-anak penuhi hasrat yang tak tercapai. Air mata berjurai dah pengaruhi Ummi…hailah anak! Berjaya juga depa ke Putrajaya! happy Sangat, tengok kelakuan pun dah tau. Balik terus lena.

Mula seronok!

Ummi abah curi masa p joging

Pagi tadi, Ummi abah curi masa p joging sat. hish mau tidak ,nanti lemak bermaharajalela pula. sempat la 7000steps. Balik perang didapur, masak nasi lemak kuning+ sambal sardin+ telur goreng. Lepas perang didapur, perang dengan budak-budak ni lagi. nak mandi, nak pakai baju lawa…nak jalan…!

Heret juga kaki ni ha. Depa tak ada rasa letih ooiii! Bawa depa p Ioi Mall, belanja Ice Cream Sunday Cone sorang satu, lepas tu balik.

Tengoklah, sampai depan rumah pun semangat lagi (gambar dalam kereta) hailah anak oii!

Ni depa cas energy 😴😴, kita dok hadap kain berlongok pulak. Bila agaknya mak-mak macam Un, abah macam Abah depa nak rest kan.🤣.

Un cas energy dgn #Jamuratuswarisan sehari satu. Tu yang gagah angkat kaki, pulas stereng kereta. anak-owh anak, tak dak anak sunyi pulak.. 😁 Ada letih… sabar… 😍

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *