Kerjaya

Jom Ke Sekolah: Diharap kehadiran ke sekolah tahun ini akan bertambah baik.

Kajang, 11 Februari 2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkolaborasi melalui Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 dengan menempatkan pegawai dan anggota polis sebagai langkah efektif menangani isu salah laku disiplin dan jenayah di kalangan pelajar sekolah.

Inilah sekolah bawah tanggungjawab UN.

Program Jom Ke Sekolah – SMK Bandar Tasik Kesuma

Kehadiran YB Menteri Pendidikkan

Program bagi sekolah-sekolah di bawah KPM ini akan dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 18 Februari ini dengan gabungan kepakaran dan tenaga oleh KPM, PDRM, komuniti setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta seluruh warga pendidik.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman bersama barisan penyambut tetamu pada program ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman dalam ucapannya berkata, PDRM mempunyai seramai 10,201 orang Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari kalangan pegawai dan anggota polis yang ditempatkan di seluruh negara melibatkan 7,774 sekolah rendah dan 2,427 sekolah menengah.

Un ketika hadir ke PPS Sekolah untuk sesi ceramah, Oktober 2018

“PPS akan melakukan lawatan, rondaan, sesi ceramah mengenai hal-hal keselamatan dan pencegahan jenayah, pemeriksaan papan kenyataan serta penglibatan bersama dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah angkat masing-masing.

Ketika menyambut ketibaan murid pada hari pelancaran.

“Mereka juga akan membantu mewujudkan suasana sekolah yang selamat, sebagaimana yang telah digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah,” ujar beliau dalam Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Kesuma, dekat sini, pagi tadi.

PPS turut menyusun langkah yang kreatif

Kehadiran PPS

PPS turut menyusun langkah yang kreatif dan inovatif serta mereka bentuk pengisian aktiviti yang lebih terangkum bagi mendorong dan merangsang masyarakat sekolah untuk turut sama memainkan peranan yang lebih aktif dalam mencegah salah laku disiplin murid.

YB Menteri bersama warga KPM, PDRM dan guru.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik yang hadir merasmikan program tersebut telah disambut lebih 800 pelajar sekolah termasuk tenaga pengajar sebelum disajikan dengan pelbagai pengisian program dan pameran yang disediakan.

Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada
Ini Un bersama PIBG, Puan Hj Fairoze (HEM) & SM Wahi ,pembantu Un

Hadir bersama di program ini, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik KPM, Dato’ Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan KPM, Tuan Shaari Osman, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Noor Azam Jamaludin, Pemangku Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK, SAC Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Ahli Parlimen Hulu Langat, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma, Mohd Fauzi Abu Bakar, para pegawai KPM dan PDRM serta rakan-rakan media.

Selesai sahaja Program semalam , Un terus ke pejabat. Sungguh Un berharap pencapaian kehadiran ke sekolah tahun ini akan bertambah baik. Doakan Un dapat membantu pihak sekolah dan anak-anak ini sebaiknya. InsyaAllah.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *