Saya Ada Cerita

Bukan Rezeki Ku…bila yang depan mata LESAP

Inilah pemberian hamba Allah kepada kami sekeluarga hari ini. Masa ambil gambar ini, nak raikan kebahagiaan, nak wasap kepada suami.

Selesai snap, terus angkat bekas yang terbalik.

“Owh tumpah pula airnya”.

Un pun turunkan daripada bonet, kibas plastik dan susun semula bekas.

“Ehm…basah pula nak bawa masuk kereta.”

Masa tu 12tghari. Matahari terik memancar.

“Aku jemurlah disini dulu, sekejap je ni.” Terus letak di atas ‘para’ atau bahagian tinggi tepi pejabat. Lalu masuk ke dalam pejabat, dan berbual hal kerja dengan staff Un”.

Taklama, tak sampai 10minit, keluar semula.

Plastik merah yang dalamnya ada 5 bekas makanan, ada petai, ada jeruk mangga, ada belimbing buluh, ada cili hijau (macam bibik selalu buat dulu), ada sambal belacan.

LESAP!

Ya Allah, sekali lagi luluh hati. Ya la…dah la baru je rasa hilang kerinduan pada ‘benda’ kampung macam kat atas. Tetiba LESAP.

Manakala, saat pemberian hamba Allah tu, UN rasa di hati, orang beri dengan penuh kasih sayang. Dengan kebahagiaan. Un tersentuh.

Tak dapat menahan air mata, bukan kerana hilang makanan, tapi kerana NILAI KASIH SAYANG pada makanan tersebut. Allah…

Kalau kalian tempat UN, apakah doa kalian pada mereka yang terambil makan tu?

😪

Inilah semangat Un. Kawan-kawan yang sentiasa positif bagi nasihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *