• Saya Ada Cerita

    Bukan Rezeki Ku…bila yang depan mata LESAP

    Inilah pemberian hamba Allah kepada kami sekeluarga hari ini. Masa ambil gambar ini, nak raikan kebahagiaan, nak wasap kepada suami. Selesai snap, terus angkat bekas yang terbalik. “Owh tumpah pula airnya”. Un pun turunkan daripada bonet, kibas plastik dan susun semula bekas. “Ehm…basah pula nak bawa masuk kereta.” Masa tu 12tghari. Matahari terik memancar. “Aku jemurlah disini dulu, sekejap je ni.” Terus letak di atas ‘para’ atau bahagian tinggi tepi pejabat. Lalu masuk ke dalam pejabat, dan berbual hal kerja dengan staff Un”. Taklama, tak sampai 10minit, keluar semula. Plastik merah yang dalamnya ada 5 bekas makanan, ada petai, ada…