Saya dan keluarga

Majlis Lafaz Ikrar Dadah dan Akta Rahsia Rasmi 2019 di hadapan D’stress Room , IPD Kajang

Hi sahabat tersayang yang selalu baca catatan diary Un. Masa nak blogging sekarang limited. Un ada task perlu siapkan dengan bantuan rakan Un. Dan Un tahun ni memang fokus pada kerjaya Un. Namun keluarga masih keutamaan.
Nak cerita, un dapat kelepasan tugas 8-18/1/2019 bagi settlekan task buletin IPD dan PERKEP.

Un juga masih utamakan kerja hakiki, even un ada task lain. Semalam 9/1/2019 team pentadbiran Un, anjurkan majlis Lafaz  Ikrar Dadah dan  Akta Rahsia Rasmi 2019 di hadapan D’stress Room , IPD Kajang.

Majlis semalam, “Penyangak” lari dari rumah

Un macam penyangak! hahaha keluar rumah jam 6petang, itupun lari daripada adik Zakkir @ Ben! hahaha dia nak ikut.. 😂.

Sampai IPD awal la sebab keluar pun awal, even majlis mula jam 8mlm. Tapi sampai awai pun, sempatlah settlekan teks emcee dll.

Majlis bermula dengan update kedatangan warga Trafik Kajang yang tidak bercuti mahupun tugas luar. Kira-kira seramai 66 orang hadir,  termasuk 5 pegawai kanan terdiri daripada Un, Insp Majin, Ins Fahmi Insp Liaw, dan pemangku KBSPT, Asp Rahman.

Majlis Bacaan Ikrar Dadah Dan Lafaz Ikrar Akta Rahsia Rasmi 2019

Majlis kami malam tersebut dimulakan dengan doa oleh Sjn Abdul Salam. Dan seterusnya, ucapan oleh pemangku KBSPTD.

Selesai ucapan , Un menyampaikan apa yang sepatutnya dalam rocall termasuk isu cuti, disiplin dan kerjasama.

Lafaz Ikrar

Un sebenarnya bukanlah orang yang dipertanggungjawab untuk mengetuai bacaan ikrar pada malam tersebut. Namun, atas budi bicara Un teruskan sahaja mengetuai bacaan ikrar tersebut.

Selesai sahaja ikrar, kami bersurai. Jadi, rocall kami pun selesai sejurus ikrar selesai dibacakan. Ha…. rahsianya adalah…., Ini juga kali pertama Un lafazkan dia ikrar ini beramai-ramai. Terasa seram sejuk apabila melafazkannya, tambahan lagi malam tersebut, un lah yang mengetuai bacaan tersebut.

Sahabat yang membaca, doakan Un , bos dan staff dan anggota Un dapat menjalankan amanah ini sebaiknya bagi tahun ini. InsyaAllah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *