Saya dan keluarga

InspektorMama ; First Day Sekolah 2019

Sekolah sesi 2019, berjalan lancar

Perjumpaan dengan pengetua sekolah

Pagi hari pertama sekolah, parents semua teruja menghantar anak ke sekolah. Terutama anak-anak yang baru memulakan sessi persekolahan.

Angah dan kakak happy jer masuk sekolah

Ada parents yang mohon cuti daripada bulan 12 , untuk memastikan urusan sekolah anak-anak siap sedia.

Wasap group, fb timeline dipenuhi corat coret kisah anak kesekolah.


Tapi kami hari ini, sejak awal pagi hari pertama kerja di tahun 2019, polis pun lapor diri di sekolah.

Anak sendiri dibiarkan berdikari. Hantar depan pagar, dan lepas kan sendirian ke sekolah. Pandai-pandailah uruskan diri sendiri, tapi masih dibawah pemantauan.


Kami pula, berkejar di hari pertama, bertemu muka anak-anak tuan/puan, mungkin antaranya anak-anak sahabat kami. Bagi memastikan anak-anak masuk sekolah dengan disiplin yang terbaik.


Seharian hari ini, kisah perkongsian kami kawan-kawan yang menjadi pegawai perhubungan sekolah, tidak banyak dapat disimpulkan, tetapi ;

1)Disiplin bermula bermula daripada anak ketika sebelum melangkah keluar dari rumah.

Maaf mak ayah. Sekolah ada peraturan. Ada disiplin yang wajib diikuti. Antaranya, rambut mestilah kemas dan mengikut potongan dibenarkan. Sekolah bukanlah medan fesyen terkini , rambut potongan ala artis. Dan pakaian juga mestilah kemas dan bersih.

2) Gaya Dan Budi Bahasa

Kami Polis ( pergawai perhubungan sekolah) bukan setiap masa di sekolah. Manakala cikgu pula, ada lebih kurang 1000lebih pelajar. Tidak semua anak-anak kita, dapat cikgu kenalpasti dan membentuk sahsiah mereka. Tanpa kerjasama mak ayah, walaupun mereka telah cuba sebaiknya.

Saya, dan kita semua punya tanggungjawab dalam membentuk sahsiah dan jati diri anak. Janganlah letak 100% tanggungjawab menjaga anak kita pada orang lain.

Kecewa dan sedih apabila ada guru yang ditengki oleh mak ayah, demi membenarkan perlakuan salah anak. Sama-sama kita nilai dan didik anak kita. Pembentukan sahsiah mereka sejak mereka di syurga kita.

Harapan UN, semoga 2019 menjadi tahun yang mana mak dan ayah turut sama menjadi sebahagian daripada sekolah, bukan satakat setahun 1 kali ketika mesyuarat PIBG, demi anak-anak dan generasi akan datang. 😄😃.

Happy Day – Balik sekolah Un jemput.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *