Ariani Lovers ; tudung dan baju jadi pilihan
Review

Ariani Lovers ; tudung dan baju jadi pilihan

Nak bahagia, buat sesuatu untuk diri sendiri dan belai jiwa sendiri. So, maknanya kalau nak sesuatu kenalah usaha. Dalam masa yang sama, usaha dan doa mesti seiringan. Aku dah lama idamkan ring ini. Dan rezeki year end sales kali ini aku dapat juga, even buka roses, gold pun okay la.

Sebabkan sales, memang murah shawl kat Ariani. Aku terbeli yang promo 3 helai RM220.00. Murah kalau nak bandingkan dengan harga biasa. Biasa tanpa promo kos cecah 1 helai RM159.00 bagi shawl biasa yang ada batu. Jadi, bagi aku jimatlah.

Try punya try , yang dalam gambar ini jadi koleksi yang aku berkenan dan sesuai dengan wajah. So, aku beli jugalah. Niat nak puasa tak dapat jugalah. huhuu

SEBAB aku beli atas belian yang tertentu, dapat free gift gelas marble yang lawa ni. Sedap guna, berat dan cantik. Mulut cawan pun besar. SESUAI untuk cicah biskut.

Rasmi yang ni untuk first day exam final 2019 – nod bad , aku lah rasa bila aku pakai. So, harap trend 2020 dengan pakai square ni aku lebih rajin untuk iron baju dan tudung..hahaha

First day exam – 30 Disember 2019 Keperlembagaan Malaysia.

#ARIANIOOTD – baju dan seluar dari ARIANI RTW dan tudung dari Galeri Ariani

Sekian, aku bukan kaya..tapi ada duit yang mana aku simpan, aku beli sebagai hadiah untuk diri sendiri. Harap 2020 rezeki kawan-kawan yang membaca entry ini dan rezeki aku dan keluarga juga bertambah. InsyaALLAH. Amin. (Catatan ini bukan untuk tunjuk pada sesiapa, tapi sebagai kenangan aku sendiri dan nak bagitahu bahawa, setelah kita kerja kuat, hadiahkan something pada diri sendiri sebagai tanda penghargaan pada ‘diri’ yang penat lelah berusaha dan bekerja.). Sekian, jumpa lagi. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge