Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

AMANITA Trafik IPD Kajang di sekitar kawasan Tesco

Program Amanita

Semalam, Un bersama pasukan trafik wanita keluar untuk bersama masyarakat dalam memperkenalkan VSP kepada orang ramai terutama wanita.

Team UN : Insp Nooraini binti Ali( UP N tengah), SM Rodziana bt Ariffin, Kpl Normayana bt Narudin, Kpl Suhana bt Mat Noor dan Kpl Nor Anisah bt Abidin

Matlamat :

✔ Memperkenalkan Amanita kepada wanita terutama suri rumah dan wanita.

✔ Memperkenalkan Amanita dan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat dalam menyalurkan maklumat- maklumat berkaitan kes jenayah di sekitar kawasan komuniti dengan cara yang mudah dan berkesan. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim supaya tiada jurang di antara pihak PDRM (Amanita) dengan masyarakat setempat.

✔ Menyampaikan risalah dan tips pencegahan jenayah seperti kes Rogol, kes Buli serta cara-cara menjaga keselamatan diri.

✔ Mengedarkan nombor Balai Polis terdekat dan nombor gerakan Kajang

✔ Mengedarkan risalah dan memperkenalkan cara penggunaan sistem Volunteer Smart Phone ( VSP) serta panduan pendaftaran ahli baru VSP.

Bersama Orang Awam

Secara keseluruhan, engangement Amanita semalam berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik oleh orang awam terutamanya kaum wanita yang kami temui. Mereka didedahkan dengan perkara dan ilmu baru untuk mereka gunakan di masa-masa tertentu.

Rakan amanita memberi kerjasama yang baik dan sedia memberikan maklumat jenayah yang berlaku kepada PDRM. Happy to serve people!

Selesai program kami terus balik sediakan laporan dan selesaikan tugas di pejabat. Alhamdulillah program berjalan lancar dan berlangsung dengan jayanya, walaupun semalam sistem VSP tidak berfungsi seperti jangkaan kami.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *