Saya dan keluarga,  Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Mandi Peluh ; Kaunter bayaran saman 50%

Assalamualaikum. Hi dear readers. Hi followers. Thank you sentiasa setia dengan Un, walaupun catatan ini sekadar memori UN. Ini ceritera UN bersama anggota UN bermandi peluh untuk memastikan kaunter bayaran saman 50% pada 13-15 Disember lalu berjalan lancar.

Pada seminggu sebelumnya, memang UN sibuk dengan pelbagai lagi aktiviti di pejabat. Dan apabila mendapat perkhabaran untuk kami buka kaunter pada minggu tersebut, kami bekerja memang all out. Penat jangan dikata, tapi dengan kerjasama semua pihak memang boleh buat. Penat tu ditapi dengan gembira. Ewahh!

Pegawai DCC dan mesyuarat dengan PRO PDRM

Bermulalah sessi pasang khemah dan pemasangan line internet. Tapi petang tu UN tak sempat nak turun padang bersama anggota UN. Jadi mereka uruskan semuanya. Un pada hari Selasa 11/12/2018 sebelumnya walaupun bercuti UN kena bertugas sebagai pegawai bertugas DCC. Dan kebetulan pula pada 12/12/2018 UN ada meting dengan PRO PUSAT PDRM. Jadi, memang pagi Rabu UN buat persiapan apa yang patut.

Galakkan menulis – bukan menyekat

Okay, bab mesyuarat dengan PRO PUSAT tu, sebenarnya adalah berkaitan dengan buku Inspektor MAMA yang UN tulis. Sedikit discussion berkaitan. Yang manisnya, tiada halangan bagi sesiapa sahaja untuk menulis, tetapi mesti memastikan yang tulisan itu tidak mengaibkan sesiapa dan tidak juga menjatuhkan imej mana-mana pihak. Ydh Dato Asmawati juga menggalakan penulisan yang bagus.

Kaunter Bayaran Saman 50%

Bermulalah hari yang sibuk dan semangat membara nak meraikan tetamu kami di Trafik Kajang.  Seawal jam 4pagi pun dah ada tetamu yang setia menanti kaunter kami dibuka. MasyaAllah, teruja dengan semangat dan kesungguhan rakyat Malaysia yang betul-betul serius untuk menyelesaikan saman dengan diskaun 50%. Bab bayaran bukan pada nilai yang nak dikongsikan tetapi tentang kesetiaan serta taat setia rakyat kepada kerajaan. Bagus..!

Kehadiran di luar jangkaan –
Kaunter Bayaran Saman 50%

Kehadiran Masyarakat Ke Kaunter Bayaran Diskaun Saman 50%

Seawal jam 8.00 pagi kami mula mengedarkan nombor giliran. Tabik! Orang ramai sanggup menunggu di bawah khemah yang disediakan semata-mata untuk selesaikan saman mereka. Masa menunggu memang ambil masa. Sejak dari jam 8.00 pagi sehinggalah jam 6petang mereka menunggu. Sekurang-kurangnya, average mereka menunggu 2-3 jam bagi selesaikan kes masing-masing. Terima kasih semua yang hadir, sanggup menunggu dan masih memahami kekangan kami yang betugas.

Makan dan minum, UN dan petugas memang bergilir. Bak kata orang, “Customer always right”, dan lagi satu, dahulukan tetamu. UN sangat bangga dengan anggota dan kakitangan awam UN yang sangat komited dalam melaksanakan tugas mereka sepanjang 3 hari tersebut. Berpanas dan berhujan, bukanlah alas an untuk kami tidak menyantuni rakyat yang hadir bagi selesaikan isu saman mereka.

Seronok sangat bekerja dalam berkumpulan begini. Masing-masing mainkan peranan dan tanggungjawab. Ada yang bantu belikan makanan kami, walaupun waktu makan tengahari bukanlah sharp on time. Ada petugas yang bersama-sama dengan UN, selesai tutup kaunter semakan,pindaan dan bayaran barulah mereka menikmati makanan yang dibeli. J Prinsip kami, janji orang awam senang hati, kami sedia serve mereka sebaik mungkin.

Sabtu, 15/12/2018 walaupun hari cuti mereka semua tetap komited. Last day, Sabtu kami hanya mampu menerima seramai 350 pelanggan sahaja. Semoga mereka yang tidak dapatselesaikan smaan 50% di IPD Kajang akan dapat peluang pada masa akan datang dan di tempat lain pula, maafkan kami. Jadi, ceritera kami hanya berakhir pada jam 7.00 petang  tersebut. Balik rumah memang penat, terus lentokkk hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *