Saya dan keluarga

InspektorMama : Dining In Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Kerja vs Anak

Semalam kami hadir Majlis Dining In. Biasa memang hantar anak-anak pada jiran, kak Asmah Abdullah kalau ada event luar waktu kerja biasa.

Tapi since kejadian lupa pengasuh cuti awal Disember lepas, yang mana Un terpaksa tinggal anak dengan Si Along Mustaqim (darjah 2), sejak hari itu 4 orang anak-anak Un dah boleh berdikari.

Baju daripada : Gene Martino
Shawl : Ariani ( last minit beli )
Setelah sekian lama tidak bersama dalam majlis rasmi PDRM. 🙂

Along Pemegang Amanah

Jadi, la ni apa event atau kerja yang terpaksa tinggalkan mereka, ALONG pemegang amanah no.1. 😃 Boleh harap mandikan adik, tukar pamper, bagi makan dll. 😄😘.

Balik malam tadi, anak-anak dah terlena

InsyaAllah, yakin dengan Allah. Dulu dah ada bibik, sejak bibik balik Indon, kami seisi keluarga boleh urus family tanpa bibik. Lagi akrab dan bekerjasama. So, no need bibik lagi.

Persiapkan bekalan dan kekuatan jiwa

Sebelum nak tinggal anak-anak, kami pastikan makanan cukup dan keselamatan lain terjaga. Kena yakin dengan anak-anak. Apa-apa anak-anak call je ummi atau abah depa. 🙂

Sampai rumah 1.15 pagi, semua dah terbaring di ruang tamu. Bagusnya, adik beradik ni hampar toto alas. 🙂. Sel-sel otak berhubung dengan jayanya. 😊.

Anak bukan 100% alasan tak boleh bekerja.

Memori : Majlis Dining In Pengarah JSPT

Okay, dalam posting ni gambar memori dengan rakan-rakan pegawai kanan JSPT.

Thank you semua..jumpa lagi lain masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *