Review Produk Dan "Event"

Baju sekolah pilihan ibu bapa; Selesa Sepanjang Hari

Hi semua.. Un hari ni baru sempat nak update peristiwa hari Ahad lalu. Akibat kesibukkan tugas, hujung minggu Un bawa anak-anak mencari baju sekolah pilihan kami iaitu jenama Swan.

Baju Sekolah Pilihan Kami Iaitu Jenama Swan.

Baju sekolah anak adalah baju paling penting bagi Un dan suami. Bukan apa, setiap tahun, Un akan pastikan mereka ada baju baru. Semangat la sikit anak-anak nak belajar.

Kenapa jenama Swan?

Baju sekolah pilihan kami,  jenama Swan ada dua jenis kain. Ada cotton dan polister. Un suka yang campur polister. Selama anak dah guna semasa darjah 1 dan darjah dua, Un puas hati sangat. Memang setahun pakao tak menipis pun baju tu walaupun setiap hari Un dan suami gonyoh. Dan seluar Un pilih cotton. Barulah anak selesa.

Dimana nak beli baju sekolah pilihan ini?

Ha.. Un beli di Aeon Balakong. Tapi setahu Un di online pun ada. Bila kita dah memang suka dan setaip tahun beli, boleh predict saiz baju anak. So, Un sangat suggest mak-mak beli jenama MJ dan Swan.

Selain baju sekolah, ada beg sekolah ,stokin dan lain-lain barangan sekolah.  Jika kasut sekolah pula dari dulu hingga sekarang , Un pilih Jenama Pallas. 😃

Setakat ini perkongsian Un, terima kasih membaca. Selamat membeli belah.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *