Isu

3 Jenis manusia beracun yang anda perlu elak dari jadi kawan rapat.

3 Jenis manusia beracun yang anda perlu elak dari jadi kawan rapat.

1) Buat baik kena taik!

Mereka kawan yang banyak support Un di tempat baru

Hishh, pernah tak kena macam ini? Kita buat baik dengan orang, tapi lastly kita kena taik. Geramnya rasa!

Its okay cikgu kehidupan! At least kau ajari aku buat apa yang sepatutnya. Hahah. Dan apa yang jadi ajar kita jangan bagi muka pada orang. Kadang tu, kita jenis relax je, orang minta bantuan kita bantu. Dengan niat nak mudahkan kerja kawan kita. Tapi, tanpa kita sedar, dia main kotor di belakang.

“Eh, kau buat taik kat aku. Kau punya hal settle, lepas tu kau jatuhkan aku!”

Gambar hiasan

Eh, japp…soalan Un, memang ada jenis manusia macam ini di seluruh pelusuk dunia ka? Hahaaha, jadi pengajarannya, lepas ini buat baik berpada-pada. 😂, buat jahat jangan sekali. Jauhi manusia begini.

2) Tidak bertimbang rasa

Orang yang bertimbang rasa biasanya dapat menyelami perasaan orang lain. Segala tindakannya dipertimbangkan terlebih dahulu berdasarkan keadaan yang bersesuaian. Yer la, kalau orang nak terberak terkencing, haishh takkanlah nak kena lapor dulu dekat fb ke dekat ig ke..dekat diary tahunan ke…😂.

Orang yang tak bertimbang rasa tak ada langsung kemahiran menyelami perasan dan tindakan orang lain. Dia buat sesuatu kira diri dia sahaja, tak kira tempat dan situasi orang lain dah. Yang lain, dia lepas! Pernah jumpa orang macam ini?

Jauhkan diri kita dari berkawan rapat dengan orang macam ini sebab dia hanya menjauhkan rezeki dan peluang anda untuk berjaya samada di dunia mahupun di akhirat.

3) Asyik dia saja yang jadi mangsa.

Kalau semua orang salah dan dia saja yang jadi mangsa keadaan dan mangsa orang lain, itu tanda yang amat jelas jenis manusia beracun. Mereka tak punya sikap bertanggung jawab terhadap apa saja keadaan yang berlaku hatta walaupun pada diri mereka sendiri.

Ini pun Un pernah jumpa, kesian sangat. Lepas tu, dia meraih simpati pada facebook. Omg! Yang di belakang dia tak cerita pun baik buruk, yang orang nampak dia mangsa. Kasihankan.

Ehmm, nak berbicara perihal donia, takkan selesai.Jadi, fokus apa kita nak buat dan selesaikan tanpa ada ikatan mana-mana pihak.

Okaylah, bye.. jumpa next entry.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *