Stress Free InspektorMama

Seminar Excellence In Image; Gemuk tapi pakai baju nak nampak slim!

Alhamdulillah, setelah dua hari settle Seminar Excellence In Image, Etiquette & Dining Skills, PERKEP Kontinjen Selangor. Kami wakil daripada IPD Kajang, seramai 9 orang yang hadir. Kami belajar etika makan dan beretika dalam berpakaian. Bak kata, belajar memakai baju baju , orang gemuk tapi pakai baju nak nampak slim!
Etika Pemakaian formal.
Kehadiran kami terdiri daripada Puan Pengerusi ASP Erny Yusnida Binti Che Yusoff dan Naib Pengerusi,Puan Nas binti Shariff.
Wakil IPD Kajang yang hadir.

Seminar Excellence In Image; Cara Kira Bentuk Badan :

1)Kira panjang bahu (inch) : 17.5 2)Dada: 20 3)Pinggang: 4)Bawah: So, lepas kira bahagi dua. Tolak 1-2, 2-3,3-4.. kurang daripada 3 straight. Lebih daripada turun bawah ke kanan garisan. Jadi akan nampak bentuk jadi pearz, atau strawberi dll.

PENGISIAN ; Seminar Excellence In Image, Etiquette And Dining Skills

Selain itu, kami belajar juga etika di meja makan. Susun atur alatan di meja makan juga tatacara pegang pinggan dan juga sudu. Setiap satu sudu ada kegunaan dan function masing-masing. Jadi kena tahu dan jangan salah guna. Semua ini penting bila nak hadir majlis makan malam atau mess night.
Cara susunan etiket makan  
Cara susunan sudu , pinggan dan garfu.

Ciri – Ciri Komunikasi Yang Baik:-

• Konten yang menyelamatkan risiko emosi • Tidak mengutuk, tidak melabel dan tidak memalukan • Memberi khabar gembira dan solusi (penyelesaian) • Nasihat dalam bentuk bukan nasihat • Tidak mengungkit dan membebel • Menenangkan dengan ayat dan kata-kata yang baik • Tidak mengarah – mengarah • Sebutan Jelas

Konklusi :

Serius, semua perkara ini kena belajar untuk menampakkan profesionalism dalam sebarang aktiviti atau majlis rasmi.

Galeri Seminar Image Perkep #kbba9

Pakaian ikut tema pada hari kedua 
Tq Cik Azie, Kpl Trafik drp Subang Jaya tegur saya walaupun asanya kenal drp instagram sahaja. 
Sebelum masuk kelas, kami makan sebab hari pertama terlalu lapar hadir tanpa breakfast.
Bersama Puan Nooraini Dan Puan Raihan Abdul Rahman penceramah seminar image.
Happy!
Gaya hari kedua!
Muka mengantuk dan penat. 😜
Secara Sah Warga Perkep Selangor
Apapun sepanjang dua hari ini banyak kami belajar. Selama dua hari ini juga, macam event table talk. Best.. get to know each other! Best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *