Stress Free InspektorMama

Kisah Perjalanan ke Penang 2nd Bridge PDRM 2018, Solidarity Fun Ride

Assalamualaikum pembaca blog Un. Hari ni baru ada semangat nak mencoretkan tulisan Un di sini. Balik sahaja daripada program Penang 2nd Bridge PDRM 2018, Solidarity Fun Ride terus demam. On the way balik Perlis pada 17hb Nov selepas lunch tu pun dah collapse. Terus rasa tak sedap badan.

Kisah Perjalanan ke Penang 2nd Bridge PDRM 2018, Solidarity Fun Ride

Hari ni nak throwback kisah kami sertai Penang 2nd Bridge PDRM 2018, Solidarity Fun Ride.  Ikutkan perjalanan pada 15hb Nov petang ke Penang. Jadi dok kira-kira siapa nak jaga anak semua, Un minta tolong mak. Kira-kira, pikir punya pikir last buat decision nak gerak pada malam hari Selasa. Sebab nak hantar depa balik Perlis dulu. Lebih selesa dan tak menggangu orang lain.

Petang Selasa, Un nekad jumpa dengan OCPD. “Assalamualaikum Tuan, tuan,saya mohon nak buat pergerakkan awal pada awal pagi sebelum subuh, saya nak hantar anak balik kg dulu. Boleh?” “Okay, bawa sini harum manis banyak-banyak! Nooraini saya melawak saja…mana ada harum manis sekarang!” “Baik Tuan, terim kasih Tuan”.

Pergerakkan kami sampai hari Rabu tu. Lepas sampai Perlis, terus pergi beli makanan untuk anak-anak dirumah dan petang tu kami gerak pergi ke Penang.

Tiba Di Penang

Apa lagi, sampai je Penang terus cari makanan, lapaq sangat. Kami menuju ke Kapitan di tengah Town. Huhuu.. Un order bukan untuk 2 orang makan, tapi untuk 4 orang makan kot. Dah kena bising dengan hubby. Hahaha tapi nak juga makan kapitan cheese. Sedap!

Lepas makan, Un pergi Komtar. Sempat singgah jumpa kak Ila seketika. Rupanya tak dak dah pejabat Un di Komtar. Dah lama tak dak. Nampak sangat dah lama tak singgah kan. Sayangnya tak sempat nak bergambar kenangan di JKR Komtar, tempat lama Un. 😣

Kami sempat juga melayan di Top Komtar. Pusing-pusing, rasanya di Top Komtar ini tempat yang palingg sesuai bawa budak-budak, compare p sendiri atau berdua.🤣. Syukur nikmat ada anak-anak.

Hari Kedua – Latihan sempena Penang 2nd Bridge PDRM 2018, Solidarity Fun Ride.

Seronok berpagi-pagian di tepi laut

Pagi-pagi lagi sesudah subuh kami dah pergi jogging di pesisir pantai area bawah jambatan P.Pinang. Memang best…5km juga pagi tu kami jogging sambil hirup udara segar.

Balik daripada jogging terus mandi dan menghala ke Pen Mutiara Hotel. Kami lunch disana.

Makan tengah hari di Pen Mutiara Hotel

Selesai makan, even jumaat yang lelaki jamak sahaja. Un dengan husband sempat terlelap seketika dan selepas tu kami p ke DIY Bayan Baru untuk beli Water Proof Bag. Bukan apa risau kalau hujan.

Masa kami tengah syok membeli, tiba-tiba Un disapa kawan blogger, kak Eiza Green Apple. Seronok jumpa kawan.

 Kak Eiza green apple

Balik jer daripada beli barang sempat jumpa kawan platun, Insp Yohani. Lepas tu balik rehat dan preparation untuk malam fun ride pdrm 2018.

Platun Mate : Inspektor yohaniSambung Part tu… akibat terlena😣

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *