Stress Free InspektorMama

Hujung Minggu ; Kerja Dengan Gembira

Jam 630pagi, di hujung minggu dapat wasap daripada boss,

“Puan, standy meting pagi ni jam 1030pagi. Untuk program esok”.

“Okay, tuan maklum saya awal ,kalau tak dapat hadir. Senang nak prepare”.

Jam 900pagi,
“Saya tak sempat masuk, Puan!”.

“Okay!”

NASI LEMAK , NASI KERABU

I okay je, selagi hal rumah boleh diuruskan. Terus jam9pagi tu, siap mandikan anak-anak dan bersiap untuk ke IPD. Sebelum tu, silat dulu. Lepas bersilat, start kereta cari gerai untuk belikan sarapan. Kak Aya Nasi Lemak ( order nasi lemak by phone biasanya, bercuti la pulak).

Rezeki kami, pagi ni ada kedai tepi jalan dekat rumah buka. Borong nasi kerabu dua bungkus dan nasi lemak 4 bungkus. Settle, 10minit siap belikan sarapan dan sempat jamah makanan di rumah.

IPD – rumah, dekat je..sempat sampat dalam 20minit

Tepat jam 10.05pagi, start kereta pergi IPD dengan 2 orang penumpang. Si kakak dan adik follow, sebab abah depa ( Muazam Nawawi ) tunggu kat IPD terus, dalam 1015pagi. Abah depa baru sampai dari Bukit Aman (shift malam tadi). Mujur IPD dengan rumah dekat, tepat 1028pagi sampai depan balai.

Huhuuu.. terus pass stereng kereta pada suami dan berlari-lari anak ke bilik mesyuarat. 🤣. Huhuu.janji sampai sebelum boss sampai. (Kami dah di latih macam ni, hormati majlis dan event. Biar sampai sebelum boss.)

Kerja dengan Soul

Happy jer kejra hujung minggu pun

Bila kerja dengan soul..memang best. Hujung minggu pun lihatlah,kami masih tersenyum riang. Meeting + lawatan tapak mesyuarat mingguan KP Selangor esok.

Dua Kali Pusing

Paling best tu, dah gerak balik daripada rumah VIP, ada orang sampai pesan by call pada SI Zaiton suruh kami pergi sekali lagi rumah VIP tadi . Hahahah.

Sebab masa first time sampai, kami riki jalan dan kawasan je, tak bagi salam pada tuan rumah🤣. Kan…dah kena pergi kali kedua. 😅 Rupanya Dato perasan 4 gegadis ni depan rumah masa round pertama. 😁. Settle sahaja tengok kawasan dan keadaan untuk majlis kami gerak balik.

Dua kali pusing pun, kami okay je…happy jer kerja. hehehe.. Minggu ni ‘pretend to be’ Ketua Bahagian (ganti boss). Orang kata berlakon dulu, beranikan diri visualize, pastu dapat. Betul ke?

 

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *