Berbasikal di Putrajaya, cabar mental! Kayuhan sejauh 30km

Hi semua… happy deepavali. yeayy cuti.. Baru dapat tarik nafass lega.. tapi nak habaq tu semalam puas gilaa! eh..bukan puassss lain lah!! Opss..korang ni amboiii! Puas semalam dapat kayuh basikal dalam 30km, pusing Putrajaya. Serius minggu ni sangat penat, baru je main paintball, lepas tu semalam uji diri dengan berbasikal di Putrajaya, cabar mental!

Berbasikal di Putrajaya ini, niat asal ala, suka-suka je.. Ala relax-relax dah laa.. ambik angin. Memang masa start tu hujan renyai-renyai, syoklah sikit kayuh. Lepas kena bukit sebiji depan wisma tani! urghhh! hadoii. Berbasikal di Putrajaya , mendaki bukit yang paling calarrr mental mak! 🤣

Sampai area Desa Pinggiran Putra, Un dengan suami yang last call..😂, orang lain guna road bicycle, tapi Un dengan husband pakai Mtb je… so no wonder laaa semput..(alasan mantap!) Lepas tu, escot pun dah kedepan…dalam gelap kami lost! hahaha lost jalan weh. Hubby dah hilang punca, tapi Un maintain sebab henset kan ada… pakai je Maps! hahahaha

Sinar cahaya gelap – Lega jumpa jalan balik.🤣 Apps Maps penyelamat!

Selepas Maps dah detect Dataran Putrajaya semula, perasaan ni bersinar rasa macam baru keluar daripada gua gelap. Seriuss..tapi nak bagitau tu, mental calar bila mana tengok fuh..dalam 11km lagi. Adoiii jauh lagiii🤣.

Yang best tu, bila sampai kat satu jalan tu, tak ingat lokasi tepat kat mana, tapi yang pasti area signboard besar tertulis, DESA PINGGIRAN PUTRA, SEPANG. Lepas tu sikit dalam 2 @ 3km, kami tak daki dah bukit tu, baca maps tu dan berani buat keputusan lintas jalan dan kayuh semula.

Namun, apakan daya!! Arghhh bukit lagi…semputtt weii. Seriuss mental calar-balar dah ni. Rezeki ada teman setia Mr Suami yang tetap disisi i.. huaahuaa huaaa.. dalam letih tu boleh lagi bercinta cintun😍.

Selfie la apa lagii! Atas Jambatan Lebuh Gemilang,Putrajaya dulu sebelum atas Jambatan Pulau Pinang.

Setelah penat meredah kegelapan malam di sekitar Putrajaya, Un meraikan kemenangan, dapat kayuh ≥30km pusing Putrajaya. Dataran Putrajaya, Desa Pinggiran Putra-Sesat (terputus dengan team cycling Kajang) … last ikut Maps🤣. Tu yang sempat selfie atas jambatan Lebuh Gemilang. 😁

Serius minggu ni sangat penat, baru je main paintball, lepas tu semalam uji diri dengan berbasikal di Putrajaya, cabar mental!

Dik, kau nanyikan hakak lagu !! Tq Dik!

Sikit lagi nak sampai. 

Masa kayuh dah sampai area jalan besar dekat dengan Equestrian, ada pula yang lalu sebelah nyanyi dengan kuat “Jika kau fikir kau boleh…!!!” Kena pada masa, sebab ketika tu dah slow down🤣. Haha kejam kau dikk!

Berbasikal di Putrajaya ni, Lagi 3.5km lagi nak habis, rasa longlai.

Tapi masa tu Maps tunjuk lebih kurang 3.5km, so mak redha. Kaki dah longlaii sangat! Slow motion. Ingatkan Un denyan suami la yang last! Sampai je kami dekat Dataran Putrajaya, huaaaaaaa.. kami antara ysng terawal. 😂. Rupanya team cycling IPD Kajang depa follow route lain. Tapi dalam 5 minit lepas kami sampai, semua sampai dengan OC dan Puan Erny. Sabaq ja laaa😄.

Fun Ride PDRM 2018 – Jambatan Pulau Pinang

Jumpa disana!

Next 60km, apakah ceritanya. Mampukah meredah perjalanan sepanjang hampir 60km jambatan Pulau Pinang ke-2? Apapun kita jumpa di Penang nanti. 🚲

Dapat juga kayuh 30km lebih kurang. Masa? Sejam juga 

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge