Reunion Platun 1 Skuad 3/2008 ; Intake Inspektor Freshy 2008

Reunion Inspektor Polis Platun 1 Skuad 3/2008 kami sepakat adakan di Floral Terrace, Ampang pada 6 Oktober 2018. Perbincangan kami  melalui wasap sahaja. 

Mula-mula punya la plan nak pergi Hulu Langat la semua. Pastu plan punya plan tak jadi. Nak jadi cerita tu, Kak Intan cakap, “Kita buat kat Floral Terrace la, senang..kos nanti aku tanyakan”. 

Terus kami semua setuju jer. Malas nak pikir panjang, memandangkan UN pun busy dengan event pada 7 Oktober 2018 lepas. Bila semua setuju, terus senarai nama peserta kami listedkan dalam wasap group. Mana-mana ahli yang comfirm pergi, kami add dalam group “Reunion”. 

Hari Yang Dinantikan Tiba – Reunion Platun 1 Skuad 3/2008

10 orang geng Platun 1 yang hadir.

Tiba hari yang dijanjikan, kami semua semangat dengan tema jeans. Wah, rock gituu.. UN janji dengan ASP Zaida, so car pool je. Thank you Zack datang pick up Nani. 🙂 Tapiiii, aduh awat tak tau, sepanjang perjalanan pening kepala, sabaq jer la. Mujurlah tak muntah dalam kereta orang. hehehe. 

Lawa Design di Flora Terrace, Ampang

Bunga-bunga dalam restaurant mencantikkan sessi bergambar kami.

Melangkah masuk ke Floral Terrace, Ampang , UN sendiri terpukau. Meja kami di hiasi kemas dan cantik dengan set bunga yang meriah dan menawan mata memandang. Dalam hati ini teruja sangat untuk bergambar bersama-sama sahabat platun sempena Reunion Platun 1 Skuad 3/2008 kami kali ini. 

Selepas menjamah makanan, kami macam biasa banyak yang nak dikongsikan. Ada pelbagai cerita pahit manis sepanjang 10 tahun dalam PDRM ini terus mekar bak bunga kembang di pagi hari. Selesai sahaja sessi makan-makan , apa lagi kami semua sambung dengan sessi memotong kek. Best..kek kami pun dihiasi dengan logo PDRM. Terasa bangga dan bersyukur dapat bersama-sama mereka menikmati ulang tahun ke-10 dalam PDRM kali ini. 

Sessi potong kek meriah dengan kami yang 10 orang. Walaupun tak ramai, tapi suasana meriah macam satu platun sahaja dalam restaurant ini. Hebat bukan main l. hebata sebab suara tu bising,  kalau nak bandingkan dengan mereka yang lepak kat sini untuk sambut anniversary.🤣

Sessi potong kek.

Kami semua kaki selfie..swafoto, memang meriah. Masing-masing seronok. Syukur, alhamdulillah, terasa meriah walaupun yang hadir 10orang sahaja. Keakraban ini yang sebenarnya penguat semangat dan penyokong kepada kejayaan satu sama lain. 

Biar sampai 10tahun kedepan kita masih bersama.

Selepas selesai, swafoto..bergambar beramai-ramai kami semua bersedia untuk balik ke sarang masing-masing. Sikit tapi berkualiti dan bagi yang  tak dapat hadir, kita usahakan pada masa akan datang.

Terima kasih semua, Reunion Platun 1 Skuad 3/2008 , pada 6 Okt lalu kenangan bagi 10tahun ini. Jumpa lagi 10tahun akan datang. Semoga maju jaya kepada semua sahabat yang pernah susah payah satu masa dahulu. 😍.

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge