Program Kebajikan PERKEP Kajang ; Syukuri Nikmat Keluarga

Hi semua.. minggu ini UN busy dengan task PERKEP. UN suka dengan apa Un buat  tambah lagi aktiviti kebajikan. Tetapi Un selalu remind diri sendiri, jangan sampai lupa task hakiki. Minggu ni kami sibuk dengan persediaan Program Kebajikan Perkep Kajang iaitu Program Jalinan Kasih Perkep Kajang di Rumah Keluarga Besar Puan Norlina Alawi atau dikenali sebagai Rumah Perlindungan PERNIM sebelum ini.

Program Kebajikan Perkep Kajang
PERKEP KAJANG BERSAMA KELUARGA BESAR HARI INI. RASA BERBESAR HATI DAPAT SUMBANG IDEA DALAM MEREKA BENTUK BANNER SEMPENA PROGRAM INI.

Mesyuarat demi mesyuarat di lakukan demi memastikan tugasan ini berjalan lancar. Un sebagai S/U Perkep Kajang, kali ini sebagai Urusetia yang membantu Biro Kebajikan PERKEP Kajang iaitu Puan Azura.

Umminani bersama Pn Norlina Alawi, Puan ASP Erny Yusnida dan Puan Azura

Respek! Puan Azura sangat mementingkan protokol. Apa yang tak di ketahui dan tak pasti, pasti akan dirujuk kepada Un sebelum Un sampaikan kepada Puan Pengerusi. Walaupun orang awam, tetapi penerapan sikap kepimpinan oleh suami sangat penting dalam memastikan isteri tahu dan faham disiplin dalam kepolisan. Dengan penganjuran Program ini juga, merapatkan hubungan kami. 😀

Puan Azura isteri kepada KBND Kajang 2018.

Mesyuarat Demi Mesyuarat.

Dalam memastikan program berjalan lancar, Un terpaksa melaksanakan juga mesyuarat sebelum program, bagi memastikan setiap persediaan adalah dalam mode siap sedia. Walaupun Puan Pengerusi tidak dapat hadir kerana kekangan tugas. Namun begitu, kesungguhan semua Biro dan Penyelaras sangat Un kagumi. Mereka terbaik dalam satu pasukan.

Throwback ketika mesyuarat : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1989538387760856&id=100001141417541

Lagi yang Un teruja adalah sikap Biro dan Penyelaras  Perkep  Kajang adalah mereka tidak berkira dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Sjn Junaidah, Marina, Syafikah,Nazirah dan Linda, selepas kerja demi kerja demi laksanakan tetapi tak ada rungutan.

Tak kurang juga SI Zaiton, walaupun telah hampir bersara, namun semangat beliau Un kagumi. Yang lain juga sangat membantu, Insp Suliana, Insp Yasmin dan lain-lain dalam komuniti ini termasuklah Puan Syarena, Puan Syara danPuan Shira. Setelah 10tahun dalam PDRM, Un personally sangat mengagumi Perkep Kajang setakat ini.

Emcee Ipd – Syafikah

Persediaan Program Kebajikan PERKEP Kajang

Sehari sebelum program.

Sehari sebelum Program Jalinan Kasih ini, semua yang terlibat tak putus-putus membantu. MasyaAllah, mereka sangat positif termasuklah warga IPD yang terlibat dengan gotong-royong(fitik , bahasa polis) memasang khemah dan juga angkat kerusi meja.

Warga IPD Kajang yang terlibat

Hari yang di tunggu tiba juga; Program Kebajikan PERKEP Kajang

Sebelum bertolak
SI Zaiton, Inspektor Mama, SI Rahmat dan pemandu daripada DSK Pulapol.

Seawal 800pagi, rombongan telah tiba di IPD. Yang mana datang bersama keluarga juga, teruja dengan program begini. Anak-anak Un sendiri fuuhhhh.. sampai melompat-lompat seronok! Anak-anak Un teruja nak jumpa princeesss Tesya,anak kepada pengerusi PERKEP. Dari malam lagi tanya, “Ummi, betul ke kita nak jumap Tisya?”. 🤣.

Semangat

Tibanya di lokasi Program Kebajikan Perkep Kajang, masing-masing tahu apa nak buat. Seronok bila semua orang ambil tanggungjawab. Ada yang bancuh air, ada yang bantu  tiup belon, ada yang susun atur meja dan pelbagai lagi tugasan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Bahasa mak-mak begini, ” Tak payah nak tunggu orang suruh! Pandai-pandai tolong, cari kerja!”. Gitulah juga yang Un selalu ajar pada Along terutamanya. Sampai tadi, masuk bawah bonet bas pun dia sanggup. Tahniah Along!!

Jips Bukit Aman & AKRAB secara tak langsung.

Kenalan Un juga sama-sama dalam AKRAB

Acara kami berjalan lancar seperti dijadualkan. Un minta bantuan sahabat Un, Puan Nor Azizi dan Puan Farah daripada JIPS Bukit Aman sebagai fasilitator. Mereka sangat membantu dalam kendalikan program untuk anak-anak dan warga Perkep yang hadir. Semua hapyy, sampai anak balik pun masih menyanyi, “kepala, hidung, kaki telinga lututt…” – ya ampun..Un tak hafal😀😅.

Pn Farah yang ajarkan lagu tadi.

Lepas acara main-main bagi happy, kami adakan majlis serah cenderahati dan juga makan tengahari. Semua happy dan balik dalam kepuasan walaupun penat 1001kali penat. Betul kata pepatah, jika kita buat sesuatu dengan ikhlas, penat bukan lagi halangan.

Yang penting program begini, mencucikan kolam jiwa yang keladak tu.. hehehe okaylah.. setakat ini catatan memori Un bagi Program Kebajikan PERKEP Kajang 2018. Puass!!

Galery Gambar ; Program Kebajikan PERKEP Kajang

Puan azura, janganlah Nangis😭

Last but not least! Hargai keluarga kita, ada kawan-kawan kita yang mungkin mengharapkan kasih sayang keluarga. Syukur dan nikmati , nikmat yang Allah swt berikan kepada kita termasuklah mak ayah,  suami dan anak-anak. Okay setakat ini dahulu coretan kebahagiaan Un hari ni. bye

Posts Tagged with…

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge