Istana Alam Shah Punya Challenges!

Hari ini sungguh challengges. Huhuuu pada awalnya.. Bangun pagi-pagi bersilat seorang diri siapkan anak-anak. Rushing macamana pun kena sampai Istana Alam Shah sebelum 9.00pagi. Berpeluh dalam aircond jugaklah. 🤣

Lepas hantar adik dengan si kakak, bergegas ke Beranang. Jarak dari rumah ke sana ambil masa 20minit. Kiranya, selesai hantar Along, sampai depan pintu sekolah dalam 723pagi. Penyelamat Un pagi ini adalah Apps MAPS. Terus buka MAPS .. “Okay, 1 jam 14minit. sempat sampai istana Alam Shah!”.

MAPS Bantu bagi jalan cepat ke Istana Alam Shah

Maps menghala ke KLIA… owhh rupanya melalui Lebuhraya Elite. Fine! Asal sampai. Bergegas ke Istana Alam Shah dengan doa harap sampai tepat pada masanya.

Drive agak berhati-hati walaupun kalut. UN lebih suka keluar awal..jadi tak rushing. Plan asal dah elok…mana tau last minit hubby kena p bengkel. Hadoiii!

853pagi – Tiba di Istana Alam Shah.

Yes.. apa kita rancang dengan izin Allah swt pasti dapat. Masa yang UN peruntukkan, tepat.. cuma, dua kali pusing juga  cari Istana Alam Shah. Sebenarnya lokasi pertama adalah lawatan ke Galeri Di Raja Alam Shah, betul-betul sebelah pejabat pos Klang. Ehmmm.. sesat!

Muka UN cenonet

Lawatan itu biasa, yang luar biasa seronok berkenalan dengan sahabat baru dan juga jumpa orang lama dalam pasukan. Antaranya, Puan Rose wife KJSPT Selangor dan Puan Shuhaizi , orang lama trafik, ketika kenal dahulu ACP Ismadi masih DSP. Rezeki mereka pantas , hanya beberapa tahun naik 3 kali pangkat. UN jugalah dok Inspektor lagi  😀.

Lawatan demi lawatan, seluruh Istana Alam Shah kami lawati. Terpegun dan terpesona. Masjid Di raja pun sangat hebat. 9Juta di peruntukkan bagi masjid ini dengan hasil kerja Tuanku sendiri. Dan Seingat Un, jenazah pertama  di mandikan dan diuruskan disini adalah jenazah bonda Tuanku yang mangkat pada 31 Mei 2011 (kalau tak salah dengar).

Balai rung seri, kami hanya buat lawatan dan tak dibenarkan bergambar didalamnya. So, ianya sangat exsklusif.

Lain-lain tempat nantilah Un cerita.

Hari ini nak share experience bersama Lawatan PERKEP Kontijen Selangor ke Istana Alam Shah

Overall, memang best. Ukhwah terjalin secara tidak langsung. Ikatan sahabat jaih didekatkan. Aktiviti begini secara tak langsung memberi peluang berukhwah dan bermesra dengan orang dalam PDRM yang bertugas di luar daerah sendiri. Un suka berukhwah, secara tak langsung mana tahu satu hari nanti kita perlukan bantuan, kita punya ramai kawan untuk membantu.

Pesanan UN, kemana sahaja kita pergi..rajinkan diri berukhwah. Cari kesamaan bagi membentuk keserasian. jauhi daripada menyombong diri dan berlagak. Yang penting, aktiviti seperti Lawatan Ke Istana Alam Shah ini bagus dan jangan guna  ruang yang diberikan
untuk membawang perkara  tidak berfaedah.

Balik tadi, hujan selebat-lebatnya. Otak masa sama masih ligat berfikir semboyan penting dan ada dua tiga perkara belum settle. Last sekali,ingat nak singgah pejabat setengah jam sahaja…last jadi sejam.

Masa berhenti di IPD Kajanf jam 330 ptg… punya sibuk, tengok semula jam 445petang. Allahuakbar, nak ambil Along! Bergegas pula ambil Along. Habis rushing dah, 520 petang sampai disekolah. Sampai Along call UN guna nombor pak guard sekolah.😅Ehmm.. to day so challenges to me! Baru first day tok laki tak der…🤣.

Tapikan penat bagaimana pun solat still kena utamakan. Dan jangan lupa touch up dengan Dayang Beauty Secrets, bedak glowing.

Okay… bye. 

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge