Hi-Tea Dan Photoshoot PERKEP IPD Kajang Meriah; Tema Warna Pink Putih

Hi-Tea Dan Photoshoot PERKEP IPD Kajang tahun ini diadakan di Jade Hills, Kajang. Tema pink dan putih menjadi tema pilihan kami sebulat suara. Cadangan asal daripada Puan Pengerusi kami, ASP Erny Yusnida Binti Che Yusoff. 

Inspektor Mama

Sessi Mohon Diskaun Tema Baju

Pada mulanya, UN minta juga diskaun. Bukan diskaun duit, diskaun nak pakai jeans biru dan baju putih serta tudung pink. UN kurang yakin dengan baju putih dan seluar putih.. hehehe

“Puan, kita pakai jeans biru la… kesian kami yang kaki  ‘runcing’ nih”. – UN

“Takpe,putih pun akan nampak u alls cantik. Dan nanti dalam gambar pun cantik” – Kata Puan Pengerusi.

Penganjuran Program Photoshoot Oleh Biro Sosial PERKEP IPD Kajang

Kami pun akur. Perbincangan demi perbincangan terus dibuat. Pastinya Puan Nor Zehan memainkan peranan penting dalam mengelola program Photoshoot PERKEP IPD Kajang kali ini. Un masih baru ketika program ini dirancangkan, dan hanya dapat membantu yang mana boleh sahaja. Termasuklah idea untuk menyediakan topi pantai sebagai goodies dan juga banner bagi program ini.

Backdrop Program Hi Tea Dan Photoshoot PERKEP Kajang

UN suka bab banner ini. Ini kerja dahulu masa dekat Bukit Aman. Kali ini kita buat yang menarik dan comel gitu untuk PERKEP.

Hari Jadi – Program Hi-Tea Dan Photoshoot PERKEP IPD Kajang

Ceria Dan Menyatukan BIRO / Penyelaras PERKEP IPD Kajang

Bila tiba harinya, anak-anak UN hantar ke rumah jiran, rumah Kak Asmah oleh sebab suami pun bekerja. Dan pada hari tu, pening kepala juga, semboyan UN buat untuk pramusaji ada masalah. Aduh, boleh pulak anggota balai luar cakap tak terima. Tapi, prinsip UN senang, cool dan buat seadanya.

Tup—tup…

Telefon bordering … “Puan, kita ubah aturcara. Buat photoshoot dulu, barulah kita makan dengan OC. Memandangkan cuasa macam nak hujan, jadi OC nak cepat… “ – Puan Erny

“Baik Puan!”

Masa ni lepas dapat call drp Puan Pengerusi. 
Biro Dan Penyelaras PERKEP IPD Kajang

See, perancangan Allah swt tu sebaik-baik perancang. Bila diubah program, secara automatik tak nampak janggal yang pramusaji tiada. Yang ada adalah pramusaji daripada caterer sendiri. Syukur atas perancangan yang Allah swt aturkan. “What ever happen, ask Allah for the best way to solve the problem… believe it!”.

Sambutan Birthday Ahli PERKEP Kajang ; Sept, Oktober dan November 2018

Sambutan Birthday Bagi Sept, Okt, Nov Dan Dec 2018

Pada majlis ini kami turut buat sambutan birthday kepada ahli yang sambut birthday pada bulan Sept, Oktober ,November dan Disember 2018. Kami juga buat aktiviti tukar hadiah antara ahli PERKEP dengan harapan ianya menjadi memori kepada semua yang hadir. Suka dan masing-masing teruja dengan aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung.

Tak puas bergambar.

Ketika Dalam Dewan

Biasalah bila cakap pasal photoshoot, pastinya bergambar adalah kesukaan para wanita. Selesai sahaja sessi, terus kami sambung sessi bergambar. Heaven sangat dan yang pasti… tema warna pink putih mengena dengan kami semua.

Bersama OCPD dan Timbalan OCPD
Barisan Kepimpinan PERKEP IPD Kajang 2018
Ceria

Serius nampak ayu dan warna menyerlah. Un personally dah jatuh cinta dengan baju dan set putih, kini dah tak takut menggayakan putih dalam apa juga acara. Nak kena ucapkan terima kasih kepada Puan Pengerusi atas cadangan ini secara tak langsung menambahkan keyakinan kami dalam berfesyen.

Sessi pun berjalan lancar, dan semua orang suka sangat. Kehadiran juga memberansangkan. Happy.. harap akan datang majlis ini dapat dibuat untuk semua ahli PERKEP. InsyaAllah.

Photoshoot Beramai-ramai
OCPD , Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan, Biro Dan Penyelaras PERKEP IPD Kajang

Yang dok Tanya UN, “Okay ke duk IPD Kajang?” I will answer then , “Yes, saya rasa bahagia disini”.

Jumpa lagi entry akan datang okay. Nak cantik nak yakin , ambillah JAMU RATUS WARISAN DAN KOPI PEGAGA MANNA PLUS… wajah tu bedakkan dengan SILKY Glowing – Dayang Beauty Secrets. (Link)  Bye .. muahh

Sekarang dah confident berbaju putih.
Warna asas sama, tema berbeza.

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge