Hari Sukan Negara 2018 Peringkat IPD Kajang

 Sambutan Hari Sukan Negara 2018

Hari ini sambutan Hari Sukan Negara 2018 diraikan di seluruh negara. Tak terkecuali saya dan keluarga meraikan Hari Sukan Negara bersama IPD Kajang  dengan kerjasama MPKJ.

Warga PERKEP IPD Kajang yang turut hadir.

Kami sampai kat Stadium Kajang seawal jam 620pagi. Memang awal sangat, dan ramai tanya bagaimana dan apakah rahsia anak-anak behave? Last UN jawab okay.

Acara Hari Sukan Negara 2018 ; IPD Kajang

Awal pagi bangun bukan isu. Semja semangat

Acara di mulakan dengan senamrobik di hadapan stage utama. Boleh tahan berpeluh. Seriuss, seronok senamrobik beramai-ramai sempena Hari Sukan Negara ini.

Acara senamrobik

Lepas selesai sahaja senamrobik, acara 10,000 langkah. Un sahaja tak habiskan 10,000 langkah. Si adik dengan angah dah surrender. Selesai sahaja sessi borak santai dan breakfast bersama OCPD Kajang  dan Pengerusi PERKEP IPD Kajang.

“Ummi, kakak lapar!”

Anak-anak UN dah awal lagi kelaparan. Alhamdulillah dapat rezeki roti, air mineral dan air kotak sorang satu. Dapatlah alas perut masing-masing.

Rezeki air kotak dan roti.

Bestnya, bila ada aktiviti begini seronok bertemu dengan lebih ramai kenalan. Swafoto  dengan kenalan dan juga sahabat PERKEP. BEST!

Hubby dengan Insp Muharram(kami bertiga sekelas ketika kursus EXCELL, di Maktab PDRM).
Bersama staff lama, Rosmawarni (ummi)
Bersama Awin staff pejabat UN
PERKEP KAJANG BERSAMA PUAN PENGERUSI ASP ERNY YUSNIDA BINTI CHE YUSOF

Apakah yang buatkan anak-anak UN behave?

Ini bukanlah tips. UN pun ibu muda yang masih belajar. Tapi Un terus amalkan mereka amalan permakanan berkhasiat seperti kurma, madu dll. Dan memang mudah bagi Un bila ada JusCerdik @ JUZQ30. (Link produk disini). So, parents boleh bagi anak-anak satu sachet sehari. Memang boleh bagi jiwa anak tenang dan cool,even ada isu kecik tu normal. Nama pun budakkan. 😃.

Anggota wanita IPD Kajang.
Barisan BIRO/Penyelaras Perkep IPD Kajang.
Bersama KPL Shafikka (emcee IPD)
Bangga, dengan penglibatan PERKEP yang juga terdiri daripada isteri-isteri polis.
Barisan kepimpinan IPD Kajang bergambar bersama wakil MPKJ.

Apapun, program hari ini memang best. Terbaik di samping bersukan, dapat berukhwah. Hari  Sukan Negara patut diteruskan disamping pelbagai penganjuran Fun Run , Fun Ride, dll aktiviti. 😄.

Happyyy… 
Terima kasih PERKEP kerana menyokong Pengerusi dan PERKEP IPD. 
Sessi bergambar yang penting bersatu hati.

Okay, ceritera UN hari ini setakat ini sahaja berkaitan HARI SUKAN NEGARA 2018. Byeee

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge