Dapur Penyet IOI City Mall Perkenal Resepi Ayam Kampung @ Kampong

Resepi Baharu di Dapur Penyet ; AYAM Kampung @ Kampong

Masing-masing teruja sevekum masuk ke restoran.

Hujung minggu mulalah terpikir nak bawa keluarga makan diluar. Cuma lokasi yang dipilih mestilah kena dengan selera semua ahli keluarga Un. Mereka perut nasi, jadi kena makan di restoran yang menyediakan hidangan nasi. Un memilih Dapur Penyet IOI City Mall Putrajaya kali ini bagi mencuba resepi terbaharu mereka iaitu, Ayam penyet berasaskan ayam kampung @ kampong.

Keluarga kami yang dah tak sabar nak menjamah makanan. 😍

Melangkah masuk ke sini, semua dah teruja. Daripada melihat sahaja paparan gambar di luar restoran sudah dapat meneka rasa ayam yang pasti menggugat jiwa. Kiranya, masuk kesini, pastinya adalah hari “cheat day” kami semua.

Antara menu yang Un tempah adalah :

Ayam Berlado, Ayam Kampong Sambal Hijau, Dan ayam bakar madu.

Ayam Kampong Berlado
Ayam Kampong Sambal Hijau
Menu Ayam Kampung @ Kampong

Air minuman yang kami pilih terdiri daripada air :

Juice Alpukat
Ice Milo Dinasor
Bandung Cincau
3 Layer Tea
Rose layer Tea
Teh Botol Original

Antara menu yang paling Anak-anak gemari adalah milo dinasor. Berebut depa semua  
Menu air yang menjadi rebutan anak-anak Un. Sabaq!

Dapur Penyet Lokasi Sambut Birthday

Kalau ada ahli keluarga yang ingin menyambut birthday, Un sarankan boleh juga bermenukan masakan ayam penyet di Dapur Penyet  ( video) ini. Suasana tenang dan damai pastinya menceriakan suasana.

Jap..kita bergambar kenangan sebelum makan. 😍

Kat sini, menu yang disediakan boleh memikat selera pelbagai peringkat umur . Boleh menceriakan anak-anak dengan menu ayam bakar dan ayam kamping madu. Manakala, untuk ibu ayah seperti UN yang sukakan cabaran, tentunya nasi ayam penyet ayam kampong berlado dan sambal hijau menjadi pilihan kami.

Ketika menjamah menu di Dapur Penyet IOI CITY Mall ini terus teringat kat bibik. Ini menu yang bibik kerap kali masak untuk kami. Rindu bibik.😍

Alamat: 

Dapur Penyet IOI City Mall Lot LG 78A, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, 03 -89539600

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge