Al Marhum Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari; Kehilangan Permata Berharga
Al Marhum Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari Lahir 18 Ogos 1928 adalah seorang rakyat Malaysia,Al Marhum Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari berketurunan Melayu dari bangsa Banjar merupakan seorang pendidik terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM. Beliau merupakan orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957. Kehidupan peribadi Beliau dilahirkan di kampung Syu’ib Amir di Mekah pada 18 Ogos 1928. Ayahnya bernama Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di Selangor manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir al-Shanani. Keluarga Beliau mempunyai 22 orang anak dari tiga orang isteri. 13 orang anak yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertama,…