Stress Free InspektorMama

White Board Kosong!

“Kan dah cakap, jangan dekat dengan white board ni!” “Ini kerja siapa? Siapa padam ini? Kan dah cakap, semua benda tertulis atas white board ini penting! Tak faham-faham!”

Ke empat-empat mereka terdiam! Saling menyalahkan satu sama lain. Menuding jari, sedangkan ketika perlakuan salah tersebut semua menjadi sekutu.

Lantas, dalam keadaan marah pembaris kayu terus dicapai. Seorang demi seorang terkena pukulan. “Along je kena lebih, adik-adik tak banyak kali macam Along pun!” Si Along mengomel.

Bila salah ,tapi tak nak mengaku!

“Kakak tu yang buat!”
“Diam! Tu la korang, kalau salah, seorang pun tak mahu mengaku! Dah berulang kali pesan, ini pejabat. Semua benda disini penting,bukan mainan dan juga tak boleh dibuat main! Main sahaja pensil warna dan lukisan yang Ummi bagi!”

Nampaknya, pensil warna dan lukisan tidak lagi menarik perhatian mereka. Pada pandangan budak kecil, whiteboard dan marker jugalah yang menarik.

Sesal tiada gunanya😭

Fail-fail tersusun terus dicapai. Sehelai demi- semboyan dan memo di belek. Marker pen dicapai, setiap susunan program di tulis semula pada white board. Manakala, yang mana masih berbaki tulisan dalam keadaan samar-samar, cuba dibaca. Senyum dalam tawa, marah dalam sayang begitulah rencah seorang InspektorMama.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *