Saya dan keluarga

Majlis Tamat Latihan BOMBA, Kursus Diploma Kebombaan KDSK SIRI 1 2018

Assalamualaikum. Syukur sampai sudah kami kat rumah, setelah kami pergi ke  Majlis Tamat Latihan BOMBA,  Kursus Diploma Kebombaan KDSK SIRI 1 2018 di Kuala Kubu Baru pagi tadi.

Bergambar pada awal pagi, masa kami sampai tiada lagi tetamu lain. 

Perjalanan Jem ke Kuala Kubu Bharu

Kami bergerak kesana petang semalam. Memandangkan jem sangat, perjalanan sejam lebih jadi 4 jam. Redha dengan ketentuan Allah swt.

Dalam perjalanan:

” Sayang, ada ambik power bank b tak dok cas?”

“Eh, mana ada,tadi kan angkat barang lain masuk kereta. Urus botol air la, berbagai barang lagi nak bawa!”

” Okay lahh, kita patah balik. Blaaa…blaa..blaa.. 🤣🤣!”.

Jadi pusing balik ke rumah, walaupun ketika itu dah sampai area Sg Long. Sabaq jer la, tahu mungkin allah swt dah aturkan sebuah perjalanan yang selamat.

Teratai Guest House 

Sampai je area Kuala Kubu Bharu, kami tuju ke Teratai Guest House. Siapa nak ke Kuala Kubu Bharu boleh google. Satu malam Rm100, dan ada dua katil queen. Selesa la, tapi tak dapat bandingkan dengan kemudahan hotel yang lengkap dengan kelengkapan. Kami dinner kat kedai bawah guest house tu sahaja.


Majlis Tamat Latihan BOMBA Kursus Diploma Kebombaan KDSK SIRI 1 2018

Seawal pagi tadi, jam 7pagi kami dah sampai di padang kawad. Ingatkan macam acara polis, rupanya disini lebih longgar. Acara bermula jam 8pagi, 745 pagi masih ada tetamu dan persediaan dibuat.

Kami berjaya duduk di bahagian hadapan sekali. Seronok berjumpa dengan adik dan Nana serta kak Anis dan adik.  Majlis Tamat Latihan BOMBA Kursus Diploma Kebombaan KDSK SIRI 1 2018, selesai lebih kurang  930 pagi. Sempatlah kami bergambar memori berlatar belakang backdrop sebelum balik. Wajib! 

Kuat..tarik lori! Acara macam ni yang budak suka dan tertunggu-tunggu.
Punya la budak-budak cari mana paklong, rupanya mangsa dalam kereta. 
Abg long dan kakak ipar. Disebalik kejayaan seorang suami, ada isteri dan keluarga penyokong dan tonggak keluarga. Thank you dan tahniah kak Anis.
Jangan tanya awat saiz depa kecik!
Keluarga kami yang dapat hadir ke Majlis Perbarisan

Acara perbarisan tamat sahaja, kami pun siap sedia balik ke Semenyih. Plan nak ke Bukit Fraser, tapi tak larat dah. Kecewa anak-anak nak berjalan-jalan. 😃. Tapi syok, balik rumah rehat dan boleh minum Kopi Pegaga dengan Chipsmore sambil relax-relax layan blog. 😄

Tahniah!
Gaya seorang KB29 , PENOLONG PENGUASA BOMBA

Sekian catatan memori untuk hari ini. Semoga semua adik beradik Inspektormama (UN) , berjaya dunia dan akhirat dan tahniah kepada semua pelatih yang berjaya menamatkan latihan ini. Bye.

Keseluruhan Pelatih terlibat

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *