InspektorMama ; “Aik cuti pun kerja ka?”

“Aik cuti pun kerja ka?”

Tempat baru, environment baru.. cabaran baru, but im happy till today. Task today, as emcee. 🎤

Soalan Mr Suami pada wife kesayangggann bila cuti pun nak pergi keeja. “B, nani kena p pejabat, ada majlis serah menyerah tugas KB… kita keluar petang yeeee? ( yeeeee tu sila baca dalam keadaan memujukkk 😅). “Yer laa… kata cuti, tapi p kerjaaaa…macamanaaa🤣?” Diam sudahhhh

DSP AZMI BIN WAHID – pernah bertugas di Trafik KL suatu ketika dahulu.

Hishh bukan sebab rajin! Rajin tu tolak tepi, tapi dok pikiaq, pikiaqqq amanah tu.

Lagi satu, bukan sebab tak percaya orang bantu kat balai tu, percaya! Malah respect semua benda anak buah dapat setlekan dengan jayanya, memandangkan semalam Un Cuti ke majlis abang.

Jam 11malam tadi, anggota komited susun atur meja bagi memastikan program hari ini berjalan lancar. Syukur.

Syukur, dalam kelam kelibuttt akhirnya selesai jua majlis yang kami rancang last minittt sangat. Lagi satu kan, UN ni jenis yakin dan percaya, once Allah izinkan sesuatu tu berlaku, biarlah gempa bumi… bergolak air dilautan…semua perkara akan jadi smoooth sangat. 😀.

Majlis Berjalan Lancar Dan Dipermudahkan

Syukur-syukur, akhirnya selesai sudah majlis hari ini.

Majlis menandatangani dokumen serah terima tugas KBSPTD Kajang.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK DAERAH KAJANG.

Kajang,28 September 2018- Bertempat di Bilik Nilam Sari, IPD Kajang, Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan dan penguatkuasaan Trafik Daerah telah selesai diadakan pagi tadi.

Majlis serah terima tugas KBSPTD diantara DSP Azmi Bin Wahid yang akan menjalani persaraan akan diganti dengan pemangku sementara ASP Khairul Rahman Bin Rahmat.

Dalam ucapan YDH KPD Kajang,beliau mengucapkan terima kasih atas komitmen tugas yang diberikan sepanjang tempoh menjawat jawatan KBSPTD di IPD Kajang dan mendoakan agar terus diberi kesihatan yang baik serta terus maju jaya dimasa akan datang.

Warga Ttafik yang turun padang.
Kenangan bersama OCPD Kajang

Hadir menyaksikan majlis penyerahan serah terima tugas ini, YDH ACP Ahmad Dzaffir Bin Mohd Yussof, Ketua Polis Daerah Kajang, serta turut hadir Ketua-Ketua Bahagian,Ketua-ketua cawangan,Pegawai Kanan/pegawai dan ketua-ketua Polis Balai.

Pesanan Sebelum Bersurai

“Puan, nanti jadi emcee lagi untuk majlis Ocpd hari Isnin ni!”…. Aikkkk!

Ustaz Baca Doa- Dengar dan aminkan bersama-sama.

Malas nak pikiaq lebih, sekarang dah kat rumah, nak layan kopi pegaga warisan jap..sambil cicah biskut…☕.

Orang harapan Un (boleh harap macam Kpl Dila my lovely staff)
Trafik – Srikandi Ipd Kajang

www.dayangbeauty.com/umminani

www.dayangbeauty.com/umminani

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge