Cabaran & Hijrah di tempat baru

KisahHijrahInspektorMama

Berani ke berani nak hijrah? Asalnya kurang yakin juga. Tapi UN letakkan kepercayaan pada rezeki Allah swt. Rezeki maii dalam pelbagai bentuk. Paling UN rasa releaseee sangat adalah perjalanan dari rumah ke IPD dekat. Jimat sejam perjalanan berbanding ke Bukit Aman. Masa pun berharga kan???

Sahabat / Pekerja dan Staff Baru 

Berada dalam satu-satu pejabat terlalu lama boleh jadi BEKU! Kawan yang sama, environment yang sama. Sikap yang sama dan ruang sosial yang sama. Tapi, dengan keberanian Allah swt buka pintu UKHWAH dengan lebih ramai orang. Syukur😍.

Yakin dengan ketentuan Allah swt. Dia beri yang terbaik untuk kita semua. Keep asking him to give you the best choices of your life!

Semasa Perhimpunan Bulanan 13 Sept 2018
Anggota wanita Un – Kpl Rozai

Dalam MRT tempat lepas lelah

Perjalanan sejam dari Sg Jernih, Kajang ke Pasar Seni lebih kurang 45minit. Dalam keadaan mengantuk dan letih memang sempat nak lelapkan mata 😴😴. Apa ku kisah orang pandang, asalkan mata dan badan dapat berehat seketika. Lantaklah,mulut nak terngaga ke nak terlopong ke..asalnya diri bahagia🤣. Syukur, dah 2 minggu tak lagi berulang kesana.

Tiada lagi parking FREE

Dulu, UN parking free jer bawah MRT Sg Jernih tu. Lepas UN lapor ke IPD, tempat parking tu ditutup! Seriussss, cuba bayangkan kalau hari-hari masih menggunakan parking Sg Jernih dan kena bayar Rm4.00 sehari. Kalau sebulan lebih kurang Rm100.00. Jadi, penentuan Allah swt tu terbaik, dah jimat duit parkinggg😍. Bukan kedekuttt, tapi kan dapat berjimat. Tq Allah. lepas ni boleh tambah pelaburan..opss..!!

Cabaran Baharu

Mesyuarat PERKEP

Cabaran baru bermula di tempat baru. Disini UN lebih ramai anggota bawah seliaan UN. Kebanyakkan lelaki dan juga kakitangan awam.

Selain itu, UN pegang amanah berat disini.Doakan UN okay. 

Tanpa guruh dan kilat. Masuk je meting Sijil telah tersedia. Allahuakbar. 

Tempahan Naskah InspektorMama

Yang nak dapatkan naskah INSPEKTORMAMA wasap ke www.wasap.my/60124430338/INSPEKTORMAMA okay.😍 lebiuuuuu

Posts Tagged with…

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge