• Stress Free InspektorMama

    White Board Kosong!

    “Kan dah cakap, jangan dekat dengan white board ni!” “Ini kerja siapa? Siapa padam ini? Kan dah cakap, semua benda tertulis atas white board ini penting! Tak faham-faham!” Ke empat-empat mereka terdiam! Saling menyalahkan satu sama lain. Menuding jari, sedangkan ketika perlakuan salah tersebut semua menjadi sekutu. Lantas, dalam keadaan marah pembaris kayu terus dicapai. Seorang demi seorang terkena pukulan. “Along je kena lebih, adik-adik tak banyak kali macam Along pun!” Si Along mengomel. Bila salah ,tapi tak nak mengaku! “Kakak tu yang buat!” “Diam! Tu la korang, kalau salah, seorang pun tak mahu mengaku! Dah berulang kali pesan, ini pejabat. Semua benda disini penting,bukan mainan dan juga tak boleh…