• InspektorMama,  Kerjaya

    Hijrah Dari Bukit Aman ke IPD Kajang

    Sebenarnya masih dalam mood hijrah. Hijrah kerjaya sebagai #InspektorMama dari Bukit Aman ke IPD Kajang. Just Started okay! Minggu pertama lapor diri telah pun berakhir dengan senyuman. Its just started, kata orang putih kan. Pengalaman Mematangkan Namun dengan pengalaman selama 10 tahun dalam PDRM, langsung tak ada gentar di jiwa. Bayangkan, kalau ikutkan kena bawa handbeg semasa lapor diri jumpa OCPD. Namun begitu, handbeg polis milik UN rosak. Jangan tak tahu, memang slumberrr jer lapor. Kalau di tanya memang nak jawab, ” Maaf Tuan, handbeg issued rosak.Jadi saya bawa diri saya dengan apa yang ada.” Masa lapor diri pun OCPD tak banyak tanya. Mungkin dia tengok UN pun orang lama…