10 Tahun Sebagai Polis Wanita Dalam PDRM

Allah swt maha ketahui setiap inci detik masa dalam hidup kita.

Hari ini, genap 10 tahun dalam PDRM. Senyum tawa, gelak, penat dan jerit perih semua dilalui dengan sabar dan redha. Pelbagai dugaan dihadapi. Pelbagai rintangan teeruusss di harungi. .

Kenangan di denda berkawad selama seminggu, setiap jam daripada 8pagi sampai 6ptg akan teruss mekar di hari dek sebab kerana kisahh cinta dengan senior @muazamnawawi (dah 9 tahun jadi suami) tak direstui oleh Jurulatih dan Ds pun tetap dalam ingatan🤣.

dav
sword barrel polis
BERSANDING DI BAWAH PEDANG ADALAH ADAT YANG SANGAT MAHAL VALUE BAGI SEORANG PEGAWAIPOLIS.


Kisah suka duka dalam Platun 1/skuad 3 2008 juga akan terus ku ingat. Tanpa hadirnya mereka dalam kisah hidup #Inspektormama pasti tak mewarnai corak pengalaman sehingga kini.

Tahniah pada mereka yang telah dinaikkan pangkat. Dan pada yang masih di tahap sama seperti Nani, kita yakin dan percaya Allah swt dah aturkan perjalanan kita sebaiknya dalam pasukan dan hidup kita.
Selama 10tahun dalam PDRM, selama 9 tahun sebagai ibu, kalian yang hadir dalam hidup ini sangat disayangi.

Kenangan Ketika Rakaman Nona TV3


Happy Anniversary ke10, kawan-kawan skuadmate.

Posts Tagged with…

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge