Saat Aku Rasa Down Dan Terluka

Huh… bukan mengeluh, tapi korang oernah rasa kosong tak. Rasa huhhhh.. bosan, tak penat tapi jadi penat.Rasa macam dunia langsung tak adil.

Yes, i do! Yer..Ku pernah rasa begini. Rasa macam lost! Lost dalam hidup sendiri. Nak buat apa pun malas.. just continue hidup sebab Allah bagi hidup. Tapi sebenarnya, rasa putus asa, malas, kecewa dan lonely.

Serius, masa perasaan macam ni hadir, orang paling dirindui adalah arwah Ayah. Ni pun tak faham juga, bukan ayah tempat meluahkan perasaan tapi ayah juga yang dirindui. hahaha feninggg!

Aku selalu terbayang beberapa kekecewaan yang berlaku yang sampai hari ini beri kesan pada jiwa. Aku kena mengalah, aku tak ada hak keatas diri aku..aku macam lost. Walhal itu bukan diri aku sebenar. Aku yang happy good lucky, aku orang yang jenis berjuang. Aku buat apa aku suka,aku kawan dengan siapa aku nak kawan. No body stop me, sebab sepanjang aku hidup pun, aku bebas. Aku boleh buat apa aku suka dan selama itu juga aku tak pernah lagi terbabas.

Tapi… aku merasakan hidup aku bukan yang dulu. Aku lost dlm diri aku sendiri. Aku sambung belajar, tapi terpaksa stop atas sebab sesuatu. Aku buat business, aku tak boleh nak move on sangat. Aku ada limitation. Huhhhh!

Apa aku suka aku kena korbankan. Aku rela jadi pasif tapi..luaran. Jiwa aku memberontak. Aku sertai bidang aku suka..tapi pelbagai halangan aku hadapi. Yang buat aku berontakkan, aku cuba bagi yang terbaik pada orang. Aku sanggup luangkan masa, korbankan jiwa aku. Xxxxxxxxx.xxx , Tapi kenapa aku kena hadap pelbagai halangan dan rintangan.

Aku tak boleh nak perform kerja, tak boleh nak move on apa aku suka, kalau dapat sesekali pun hati tak pernah tenang. Ada sahaja panggilan maut untuk aku, alasan anak. Anak bising, anak rosakkan barang dll. Boleh ke satu hari nanti aku berjaya. Walaupun aku yakin boleh, sambil nyanyi lagu… “Jika kau pasti kau boleh, kau pasti boleh melakukan.. jika kau pasti kau boleh ,kau pasti ….”, tapi aku tak tahu bila selagi itu aku kena hadap banyak rintangan. 😐

Aku bukan putus asa, tapi aku kecewa. Aku nak move on, tapi ada masa aku tak berdaya. Aku hanya mampu berdiam dan bercerita melayani rasa putus asa yang aku rasai. 

Tapi bila jiwa dah recover, semua hakangan tu bukan lagi halangan tapi penuh hikmah. aku cuma kena didik jiwa jadi lebih baik. 👩‍❤️‍👩😍

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge