Pertandingan Menembak PERKEP dan JSPT Bukit Aman

Menembak adalah sukan atau latihan kesukaan UN. Masa recruit , ingat lagi kelas senjata adalah kelas kegemaran. Masa tu buka cuci senjata cepat dan memang ianya menjadi salah satu perkara kegemaran. Minggu ini UN terlibat secara langsung dalam Pertandingan Menembak PERKEP, JSPT bersama Agensi dan jabatan kerajaan tahun 2018.

Ini yang nak simpan kenangan disini. Puass! 7 Ogos 2018, mula dengan acara menembak PERKEP.

Tapi…gegar juga lah.. adoii tak boleh kontrol tangan.

Mujuq la urusetia buat hadiah sampai nombor 10. Jadi, ada chance dapat hadiah walaupun nombor 6. 😃.

Acara PERKEP memang best. Seronok dengan kawan-kawan dan juga staff JSPT Bukit Aman.

LATIHAN TEMBAK BAGI :  Pertandingan Menembak PERKEP, JSPT Bersama Agensi Dan Jabatan Kerajaan Tahun 2018

Tapi…tak puas hati tembak.  Nak lagiiiii… Makanya hari Rabu sambung tembak  ,join latihan dengan agensi luar. Ha..ni baru umphhh! Bestt…banyak kali tempat..baru dapat betulkan dia punya teknik nak “teropong” dan juga hentakkan senjata.

Kami main liga/kalah mati. Jangan tak percaya, team pegawai wanita nombor 2 tau!! Memang best laaa.. rasa puas tu kekal di memori selamanya.

Hari Penentuan! Pertandingan Menembak JSPT/ Agensi Luar / Konsessi Lebuhraya

Hari ke 3, adalah acara yang dinantikan. UN ikutkan bukan listed peserta. Namun, hari kejadiann tu, ASP Muhammad Zaki tak hadir kerana berkursus luar. Apa lagiii, UN gantilah nama tu dengan nama UN.

Sekali ingat team yang UN masuk ni biasa-biasa je. Rupanya boleh tahan menembak tepat. Kiranya 5orang , 5 butir seorang. Sorang tembak 2 plate dah kira okay dah boleh menang. Syukurr team yang tak disangka-sangka masuk secara adhoc ni boleh jadi JUARA.

Ini pula barisan penembak wanita yang tak kurang hebat. Masa yang sama mereka jugalah yang bertungkus lumus uruskan adiah dan persediaan lain, termasuklah pendaftaran. 

Acara menembak kali ini yang sangat meninggalkan memori indah buat UN. Besttt.Bukan sahaja sebab berjaya jadi JUARA berkumpulan. Tetapi, kerana keakraban dan kerjasama daripada semua warga JSPT. Ini juga sebagai kenangan sebelum UN berhijrah ke IPD Kajang pada 3 September 2018 ini.

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge