Mini Reunion Geng Platun 1 Skuad 3/2008 PDRM kami buat last week dekat rumah Ummi

Lebaran semakin hampir ke penghujung. Hujung minggu lebuh raya dan jalan negeri jem. Jemputan rumah terbuka disana sini. Meriah. Kami pun tidak lepaskan peluang untuk bersilaturrahim dengan rakan seperjuangan. Mini Reunion Platun 1 Skuad 3/2008 kami buat last week dekat rumah Ummi.

Petang Sabtu , Mr Suami belikan barang basah. Dan malam baru masakan rendang. Lain-lain menu buat waktu pagi. Jam 8pagi mula masak nasi, goreng ayam, goreng bihun, rendam spagetti dan buat kuah spagetti. Banyak? eh taklah, buat setakat mampu.

Mini Reunion – Satu kawasan Lain Jabatan/Bahagian

Kami ini dulu masa training duduk dalam satu dorm. Ada 20 orang gitu.

Kali ini yang datang katil/ no. 17,20,21,23,24,25.
Asp Jija, Asp Mazlinda(Intan), Asp Mona Norlina, Asp to be..hahaha Nooraini, Asp Athirah dan Asp Zaidah. Korang jangan gelak… ASP to be…doalah.. Depa semua dah dapat pangkat. Mana tau rezeki i tak lama dah.

Dulu Dan Sekarang.


Tahun 2014 kami dah berkumpul sekali. Masa tu masing-masing datang single je walaupun dah bersuami.

Kali ini kami ajak sekali suami dan anak-anak. Meriah tau.Anak-anak dapat kawan, suami-suami kami pun dapat kawan sembang. Seronok .

Kami Bercerita Bukan Membawang

Haaa… korang kalau cakap pasal reunion mesti ingat makcik bawang jer kan. Eh..maaf yer.. kami ini cerita hal karrier , hal keluarga dan pelajaran kami sahaja. Lain-lain rahsialah..😂😂🤣.
Tak baik tuduh kami membawang tau. 😊

Open House Dan Reunion Tak Salah

Nak buat Open House tak salah, yang salah bila tuan rumah sendiri tak bijak susun atur barang dan jaga barang berharga. Budak kita dah tahu perangai budak. Jadi, kita kenalah jaga barang berharga sebaiknya. Bukan nak salahkan sesiapa, cuma semua pihak main peranan. Kalau nak buat open house, mainan anak simpan, game atau alat elektronik pun simpan. Taklimat dekat anak-anak perihal keselamata diri dan juga baranga mereka. Kesannya, bila buat open house tuan rumah senang hati , tetamu pun bahagia. 😍

Sambung raya …

Sembang punya sembang, sedar-sedar Azan Asar. Lepas berborak di rumah kami, yang lain pergi rumah Zack@Zaida. Depa boleh memanah pula di rumah Zack. Tak jauh dalam 5-10 minit jer daripada rumah kami.

Terima kasih semua yang sudi bertandang. Terima kasih atas doa dan kasih sayang. Dan tak sabar untuk terima anak sedara baru.. heheh tahniah. Nanti ada kelapangan kita bersua lagi. Terima kasih, selamat hari raya, mohon ampun salah dan silap.

Posts Tagged with…

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge