Allah bagi apa kita minta, sesuai dengan doa dan untuk bawa kita ke jalan lurus

Tiba-tiba rasa sebak..nak menangis pun ada. Allah tu maha adil. Tugas kita minta sahaja.

nak jadi cerita, lepas buat dreamboard.. satu-satu doa tersebut diperkenankan.

Betul-betul rasa sebak…sebabnya bila dah dapat, sendiri confius nak terima atau tak. bila fikir…dan fikir.. eh..kan aku yang minta. Kenapa pula nak dustakan apa yang Allah swt nak beri.

Nak mengadu pada siapa lagi kan..duduk diam-diam,lepas maghrib seperti biasa tangan menggapai Al Quran kesayangan. Niat, pasti ada sesuatu Allah nak bagitahu aku.

Lantas, buka pada pages secara random. Allah bagi sedassss pada hati yang berbolak balik.

 

Al-Mā’idah:16 – Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

Allahuakbar.. terus rasa yakin. Yakin dengan keputusan. Termenung lagi, ya setiap apa aku minta Allah kabulkan. tapi…lambat. Benar, Allah swt tahu bila masanya nak hadirkan hadiah-hadiah tersebut.

Terus tersenyum bahagia. Hati kembali tenang, jiwa kembali mekar.. Tq Allah.😍

#Inspektormama kembali ke dunia sebenar..
#kbba9 juga pembuka jalan rezeki. Tqqqq
Semua yang baik-baik hadir tanpa paksa. Syukur 😍😍😍😍

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge