Iftar di Four Points by Sheraton Bertemakan Warisan Sajian

Selamat berpuasa semua apa khabar. Kita dah tiba pada separuh Ramadhan 2018. Kami ingin berkongsi saat berbuka puasa di FoursPoint by Sheraton yang terletak di Puchong.

Menu berbuka puasa di
Four Points by Sheraton Bertemakan Warisan Sajian.

Menu berbuka puasa di
Four Points by Sheraton Bertemakan Warisan Sajian.

Bermakna masakan disini sangat homemade dengan air tangan ibu. Namun begitu,  kita semua masih ada pilihan untuk merasai keenakkan rasa masakan ala chinese food. Contohnya, nasi ayam hainan atau nasi ayam dengan roasted chicken dan juga steam chicken.

Keunikkan Satay di Four Points By Sheraton

Selain itu, katanya disini paling menjadi kegemaran pengunjung adalah menu satay. Apakah kelainan satay disini dengan lokasi lain? Ha… satay kat sini special sebab ada satay rusa, ada sate udang dan sate daging serta perut.

Rasanya juicy dan rasa perapan rempah itu yang membuatkan bila makan terasa macam tak cukup. Hahaha, tapi sedar yang makanan ini sekadar kita merasa. Kalau lupa ka, ehmmm rasanya memang makan berlebihan ini. Satay perut pun sedap. Rasa manis dan rasa perapan satay tersendiri. Serious , satay di Four Points by Sheraton ini boleh buat jiwa meronta dan mimpi di tengah malam sebab terlalu sedap.

Keenakkan Mee dan Laksa

Bagi penggemar mee dan laksa, buffet ramadhan disini adalah lokasi tepat untuk berbuka.

Pelbagai jenis laksa untuk dinikmati.

Keenakkan rasa  laksa dari utara sehingga ke selatan tanah air telah terhidang dan siap sedia dijamah. Rasa dan keenakkan kuah laksa pula memang sedap.

Lauk Pauk Dan Juga Manisan

Pelbagai jenis lauk disediakan seiring dengan tema masakan iaitu Warisan Sajian.

Selain itu pelbagai juadah disediakan untuk dijadikan pencuci mulut. Semua manisan yang disediakan amat menggugat jiwa bagi yang mengutamakan kesihatan. Namun, tidak salah merasa, esoknya jangan lupa bersenam.

Jadi apa tunggu lagi. Masih berbaki 10 hari untuk berbuka puasa di luar. Jadikan Four Points By Sheraton sebagai pilihan.

Untuk tempahan hubungi : 03-5891 8855 email ke : eatery.puchong@fourpoints.com

atau layari facebook dan Instagram :  Four Points Puchong.

Selamat berbuka. Jom tempah sekarang.

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge