Sedekah bawa berkat dengan niat mendapat redha Allah swt

Beberapa minggu lepas ada permintaan daripada seorang rakan untuk bantu review butik. Tanpa bayaran, dengan rela hati pergi untuk bantu. Kebetulan masa tu nak ke Putrajaya , jadinya laluan sehala. Tanpa fikirkan untung rugi, pergi sahaja. Niat kena ikhlas.

Tup-tup semalam ada orang hadiahkan sesuatu bernilai RM50.00. nampak nilai tu kecik, tetapi dengan nilai RM50 ringgit shopping di Shopee dapat 8 items. Banding jika beli di LAZADA perlu bayar lebih nilai. Untung dapatan 2 kali ganda jika bijak berbelanja.

Kedua: Niat untuk berikan hadiah kepada pengasuh anakanda tercinta sempena ramadhan. Kata orang Melayu Duit Raya. Ummi bagi pagi ini kepada mama Ros, kami anggap dah macam keluarga pun. Niat sekali lagi kena ikhlas.

Tup-tup semak akaun masuk 10kali ganda nilai daripada apa yang diberikan. Duk fikir duit dari mana, tak jumpa-jumpa. Tapi katanya pada bahagian details transaction itu adalah pulangan wang kerajaan. Ehm..kalau rebet LHDN pun kira hari tu baru nilai 3 angka. Ini lebih, apapun syukur sebab nak beri sesuatu tu hanya dengan izin Allh swt.

Jadi, sempena ramadhan al-mubarakk ini banyakkan berdoa. Jika semalam diumumkan bonus tidak ada sempena raya, jangan mengeluh. Sebab kita tak tahu bila Allah nak beri. Mungkin Allah swt tarik sesuatu akan gantikan dengan lebih banyak lagi. Syukur dengan nilai yang sedikit, Allah swt akan tambahkan lagi.

Sempena sambutan hari raya 2018, pada saat kita sibuk shopping untuk keluarga boleh juga jika kita selitkan sedikit sehelai 2 tudung, baju , kain pelikat mahupun duit raya kepada mereka yang memerlukan. Ye, kita tak tahu bila Allah swt akan ganti. Tiba masanya pasti semua itu kita akan menuai hasil. Jom semarakkan raya dengan keluarga dan juga dengan mereka yang memerlukan. Yakin pada setiap aturan dan setiap pemberian ALLAH swt. InsyaAllah yang kaya akan bertambah kaya, yang miskin akan lebih gembira meraikan ramadhan dan sambutan raya tahun ini.

Selamat berpuasa dan beribadah. Bye

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge