PRU 14 selesai : Jom balik kampung temui ibu tercinta

Yeayyy, semangat membara apabila Jumaat lepas di umumkan standown untuk penugasan bilik gerakan Trafik. Ya, sepanjang PRU 14, pegawai wanita di Trafik Bukit Aman dengan anggota wanita kami di tempatkan di bilik gerakan TCC untuk penugasan berjadual. Jadi, ada masanya kami on kerja malam dan ada masanya kami masuk 8 pagi-8malam.

Suka-duka sepanjang PRU14 ini di akhiri dengan senyuman apabila boss kami mengumumkan yang bilik gerakan sempena PRU14 ditutup. Jadi penugasan kami kembali seperti biasa.

Meraikan birthday KPL Adilah. Incas yang dikenali sejak lama dulu dan pernah bekerja sekali. Seorang yang rajin bekerja dan dedicated.

Lega rasanya apabila tidak lagi perlu meninggalkan anak-anak pada waktu malam dan juga pagi ketika sibuk dengan urusan sekolah.

Namun, bersyukur 1001 kali apabila setiap urusan kerjaya dan keluarga mendapat sokongan pada daripada suami tercinta yang menguruskan anak-anak daripada usia 8 tahun sehingga si adik berusia 2 tahun sendirian.

Bagi meraikan kejayaan menghabiskan tugasan, kami sekeluarga meraikan permintaan kakak untuk ke KLCC menyaksikan air pancut yang berwarna-warni.

Tertib dengan abah beza dengan Ummi.

Anak-anak apabila perlu menghabiskan hidup mereka dengan abah lebih tertib berbanding dengan Ummi. Mereka lebih rajin dan mungkin takutkan abah, jadi mereka lebih mendengar kata. Dengan Ummi? Ehmm… baik ..tetapi manja terlebih walaupun ada masanya Ummi jadi HULK mahupun Dinasour. Kerja sekolah boleh siap segera kalau dengan abah. Selebihnya ada pula masa nak membaca dan buat ulangkaji. Kalau dengan Ummi 10 kali menjerit baru bergerak semua! Terutamanya Along dengan Angah la!

“Kakak nak aircond lah Ummi!”

Tidak ada tempat lagi menarik bagi mereka selain balik kampung. Begitu juga dengan undian atau pilihanraya balik ke kampung. Mereka dah pun mengundi untuk balik ke PERLIS. hahaha serius bukan rasuah tapi mereka suka angin kampung dan suasana kampung. Di kampung mereka bebas kesana sini. Tapi.. Ummi dengan Abha kena bersedia dengan ucapan si kakak, “Ummi tak ada aircondlah….!” OMG! Ummi cakap apa tau dekat abah depa, “Ni kalau perempuan besaq dah lama kata gedik! Amboii kau kak, nak aircond bagai, Ummi dulu membesar tak ada aircond boleh hidup tau!” Huuhuuu beza kan zaman kita dengan zaman anak-anak!

Owh ya, ini bukti si kakak yang nak sangat duduk dalam aircond. Cuba hayati tingkah laku kakak!  “Ummi,panasss laaaa. kakak nak aircond..!”.

Penuhi impian mereka bercuti di kampung

Setelah penat lelah bekerja demi sesuap nasi, hari ini nekad untuk memohon cuti dan meraikan kedatangan ramadhan dengan ibunda tercinta. Namun begitu ingin rahsiakan dahulu. Kami nak balik kampung dengan surprise. Mesti terkejut mak. Tambahan anak cucu balik ramai-ramai, hilang rasa rindui dan kesunyian mak keseorangan menyambut ramadhan. Syukur bos semua memahami dan cuti pun diluluskan dengan segera. Alhamdulillah dipermudahkan. Doakan perjalanan kami esok akan diberkati Allah dan perjalanan kami menjadi ibadah. Doakan kami selamat sampai ke destinasi nun jauh ke utara. Selamat berpuasa.

 

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge