Pecah belah keluarga kerana parti politik

Demam pilihanraya masih ada. Walaupun semalam dah di umumkan parti mana yang menang. Namun begitu lain pula situasinya bagi keluarga kami. Masing-masing nak menang. Mereka empat beradik bersaing memilih parti masing-masing. Ummi dengan abah jadi lalang, asalkan tidak ada yang meraung menagih simpati.

Bermula hari kempen, menyaksikan pelbagai jenis bendera berkibar masing-masing memilih.

Si Along tetap dengan kerajaan Barisan Nasional.

Angah memilih parti PAS, si kakak memilih KEADILAN, adik pula memilih Pakatan Harapan.  Parti ini mereka sendiri pilih , dan tidak kurang juga cuba membeli satu sama lain dengan provokasi dan pujukan. Kelakar!

Apabila ada yang diejek, ada yang melalak menangis. Ummi dengan abah dah macam Agung, kena tunggu diumumkan baru boleh cerita mana betul mana tidak.

Si Along, bijak pandai bertanya pada hari Ummi dengan Abah mengundi awal dengan nada berbisik, “Ummi, tadi Ummi undi yang mana?” “Along, mana boleh tahu.. undi adalah rahsia….”.

Akhirnya along kecewa dengan jawapan Ummi. Katanya, “Ummi, di sekolah kawan-kawan sokong Pakatan Harapan dengan PAS. Tapi… along dengan kawan Along jer sokong BN!”. Hanya berdiam diri biarkan si kecil bercerita.

Tiba hari mengundi yang di nanti-nantikan. Masing-masing semangat. Lalu sahaja pusat mengundi masing-masing masih tak tahu apa itu parti, kerajaan dan kenapa mengundi. Tetapi, mereka masih bersaing untuk menang. Ummi pesan, ” Hanya dalam rumah dan dalam kereta sahaja boleh cakap pasal parti. Kalau kat luar jangan cakap, nanti kena tangkap!”.

Malam hari mengundi.. siaran tv langsung tidak membantu. Angah soal, ” Ummi, pas awat kosong je… “. Masa itu masih awal malam. Ya kosong sebab masih tidak banyak yang di umumkan. Mereka bagaikan berpesta, menunggu si pemenang. Niat nak lawan mengejek… Merujuk kepada laman facebook, Ummi bagi hint pada Along dan Angah, “Along, Angah.. kakak dengan adik yang banyak menang.” Along tak puas hati, terus dia tanya kenapa bukan BN yang menang. “Ummi kenapa bukan BN yang menang, Along dah bagitahu kawan yang Along sokong BN!”.

Tidak lama selepas itu, Ummi hanya menjawab ringkas, “Along, la ni semua barang ada GST, mahal. Orang nak tukar Perdana Menteri sekarang dengan orang lain. Nak untung dan nak murah. Kalau Along tanya Ummi pasal rasuah, Ummi tak ada jawapan. Ummi takut kalau jadi fitnah walaupun satu dunia nak tahu juga. Jadi, Along kena terima mana-mana yang menang”.

Mungkin selepas lama berfikir dan melalak kecewa, akhirnya Along bersuara, “Ummi, Along nak tukar jadi geng kakak dengan adik”. Ehmmm.. dalam keluarga pun boleh lompat parti. Sabar jer la! Kalau macam ni apa-apa boleh berlaku dan dah pun berlaku.

Nasihat Ummi pada Along dengan Angah, depa dua jer yang cerdik nak memilih kononnya. Siapa pun yang menang, Ummi dengan Abah tetap kena kerja. Along dan adik-adik tetap kena belajar. Cuma jika kerajaan baru, mungkin kos berkurang boleh banyak menyimpan dan kedepan Along boleh belajar ke peringkat tinggi dengan selesa. Apapun, kami sayang anak-anak dan kerja tetap kena kerja. Kerajaan mana sekalipun, Ummi dengan abah tetap kena kerja dan cari rezeki halal untuk besarkan anak-anak. Jadi, jangan nak gaduh lagi. Yang bertanding depa, kita pilih dan simapn sampai bila-bila #undiadalahrahsia.

Sama-sama kita doakan Malaysia Reborn sesuatu yang Allah swt lorongkan untuk kebaikkan negara kita dan masa depan kita. InsyaAllah.

 

 

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge