Hype Hotel Saji Buffet Ramadhan Ala-Ala Di Litar

Hype Hotel Saji Buffet Ramadhan Ala-Ala Di Litar Perlumbaan. Melangkah masuk sahaja ke hotel ini kami semua dihidangkan dengan pemandangan seakan berada di litar perlumbaan kereta dan motor. Tema ini diangkat bagi menarik peminat motorsikal dan juga pelumba kereta untuk menikmati suasana dalam keadaan yang mereka suka.

Oleh itu, Hype Hotel sajikan suasana dan juadah ala-ala kita sedang dalam suasana menyaksikan perlumbaan di litar.

Menu yang disajikan bagi buffet ramadhan di Hype Hotel adalah terdiri daripada makanan melayu dan juga western. Bagi mereka yang sukakan makanan berkonsepkan melayu boleh mencuba masakan seperti:

  • Sambal tumis udang dan petai.
  • Nasi goreng kambing
  • Ikan keli sira cili
  • Masak kurma daging
  • Dan ulam-ulaman

Manakala bagi yang sukakan masakan western pula disajikan makanan seperti :

  • Spagetti Bolognese
  • Spagetti Cabonara
  • Mushroom soup dan roti

Selain itu disajikan juga menu  :

Kuih-muih tradisional juga disediakan. Pelbagai jenis jeruk juga disajikan untuk memuaskan rasa kepada pengunjung. Sebagai pembuka selera juga ada disediakan pelbagai jenis buah-buahan tempatan disediakan.

Hype Hotel buffet ramadhan
Selain daripada makanan yang menyelerakan, HYPE Hotel juga menyediakan clean food bagi mereka yang mengamalkan diet sihat. Salad dan juga makanan berkhasiat pastinya menjadi tarikan pengunjung.

Selain daripada makanan masakan yang sedap, pastinya BBQ Kambing yang telah diperap menjadi tarikan bagi buffet ramadhan kali ini. Dapat lihat , ketika buffet ramadhan ramai pengunjung tak lepas peluang untuk mengambil bbq kambing ini sebagai hidangan utama. Rasa juicy dan keenakkan rasa, kelembutan daging pastinya membuatkan lidah yang merasa terasa puas menjamah hidangan.

LOKASI HYPE HOTEL :

Bagi mereka yang masih tidak tahu, HYPE Hotel berada di tepi lebuhraya ke Seri Kembangan. Dahulunya HYPE Hotel terkenal dengan Nouvelle Hotel. Hanya kira-kira 5minit dari Pekan Seri Kembangan, dan 15 minit dari Bukit Jalil, HYPE Hotel menjadi lokasi strategik bagi mereka yang ingin berbuka puasa di hotel.

Tempahan boleh dilakukan seperti berikut:

Hubungi :

No tel – 03-89395555 / 017-3831034

Selamat berpuasa. Jom rancang dimana ingin berbuka dan juga solat terawikh. Semoga amalan puasa dan juga sunat terawikh akan memberikan 1001 kebaikkan kepada kita semua. Salam Ramadhan

 

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge