Angah disyaki denggi dan kami satu keluarga demam kecuali Along

Imbau kejadian last week. Pada hari Sabtu malam abah sertai Fun Ride KDNKA. Berbasikal sejauh 30km. Masa ini Angah dah demam. Tapi yang lain masih cergas. Pagi Sabtu 21 April, pergi rumah Daniel sepupu depa di persint 15. Sampaikan Ummi dengan abah nak balik ambil basikal, 3 beradik yang sihat iaitu Along, Sarah dan Adik nak tinggal dengan pak ngah Zaini.

Ahad, 22 April 2018 Ummi tugas bilik gerakan TCC. Abah pun kerja. Jadi semua Ummi bawa ke pejabat kecuali Along yang bermalam di rumah pakngah.

Throwback last week.  Hari ini (22 April 2018)  abah Muazam Nawawi kerja, Ummi a.k.a#inspektormama pun kerja.. Putera seorang ni, si Angah dah 3 hari demam.Pagi-pagi lagi, dah siapkan anak-anak. Ada yang masih dibuai mimpi terpaksa usung dan angkat masuk ke dalam kereta. Mandi? Terpaksa la berkampung di pejabat Ummi, mandi makan disini.

Situasi anak-anak terpaksa lena di karpet di pejabat ummi

Ada yang meraungg… “Ummmii, kakak nak tidooooo😴😴“… “Ummmmi.. amin penatlah nak jalan…”. “Ala…jalan la… Ummi dah bawa beg nii… 😪“.. Hari ini bawa barang macam nak tido semalaman, bertabahlah wahai ibuuu😥.

Dipejabat, kakak , adik dengan Angah macam lesu sungguh. Kiranya depa tidur jer sepanjang hari. Ikutkan Ummi habis tugas jam 8malam. Tapi memandangkan suhu badan anak-anak macam panas, dan merengek, terus minta kebenaran balik ke rumah.

Sampai rumah.

Semua rehat. Makan pun tak lalu. Jadi, esoknya bawa ke klinik kesihatan Semenyih. Angah yang teruk masa ini. Ummi ambil off day hari Isnin demi anak-anak. Selasa kakak pula demam, lepas tu adik. Lepas tu dalam hari Rabu Ummi pun demam.

Ujian darah diambil sejak selasa sampai Jumaat. Angah suspek denggi. Platlet turun daripada 200 lebih jadi 126 paling low masa demam . Tapi selepas beberapa hari naik semula ke 187. Jadi hari Jumaat Doktor discharge Angah tanpa perlu ambil ujian darah lagi.

Kakak masih demam daripada Selasa ke Selasa sla. Seminggu. Semalam demam kurang tapi tiba-tiba muntah selepas jam 11malam. Sebelum muntah beberapa kali juga dia batuk tanpa henti. Walhal sebelum tu elok jer dia ke Tesco. Selepas itu, urut dada Cik Sarah dengan minyak herba asmak. Taklama kemudian barulah nampak ada perubahan.

Adik? Demam juga. Dia pun tak terkecuali daripada ambil ujian darah. Tetapi reslut darah bagus cuma demam virus sahaja. Jadi Ummi minta doktor bagi ubat masuk bontot untuk dimasukkan kepada dia. Mudah nak guna ubat bontot daripada masukkan melalui mulut dan dipaksa telan.



1 Mei 2018 :

Pagi tadi masa temankan Ummi a.k.a #inspektormama ke pejabat settlekan kerja, Cik Sarah moody lagi. Masuk pejabat monyok jerrr.. nak baring. Bila tengahari jer sikit, nampak macam bermaya. Dia dah mau makan dan berjalan sendiri. Semangat nak pergi jumpa Ana Solehah by Ana Muslim di PBAKL 2018.

Tapi hampa sebab, Ana tak muncul. terus balik rumah rehat.. tapi sebab dah beli beg Ana Muslim (Sales daripada Rm29.90 tinggal Rm10.00) , dia jadi semangat. Sampai petang, ingat nak duduk di pembaringan lagi, rupanya dah excited nak main basikal dengan abang-abang dan adik.Malam ini moody dah 80% recover. Badan pun tak panas sangat.  Syukur😍.

Terima kasih aunty dan uncle dari segenap pelusuk negeri doakan Cik Sarah dan kami sekeluarga. 😀 Kami tau, dari jauh ada yang ikhlas mendoakan kecemerlanhan kesihatan kami semua. Tq.

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge