• Umminani

    Kesayuan Ramadhan Dengar Laungan Azan Arwah Ayahanda Tercinta

    Salam ramadhan dan selamat berpuasa. Indahnya ramadhan apabila dapat bersama keluarga. Saat yang sentiasa dinantikan untuk meraikan hari bahagia, kedatangan ramadhan 2018 dengan mak, ibu tercinta. Ramadhan datang lagi. Pada tahun 2014, bulan ramadahn tiba dengan penuh kesayuan. Ayahanda tercinta nazak ketika itu. Ingat lagi saat akhir ramadhan, kami berbuka puasa di Hotel Seri Malaysia.Rupanya ayah ketika itu dah pucat lesi menanti hari.. Teringat jua…dulu…Laungan azan memecah keheningan pagi. Suara Allahuakbar.. Allahuakbar…kedengaran Dihening subuh. Melangkah masuk ke masjid, ku hiba. Rindu.. akan suara arwah ayahanda tercinta. Tersentuh sekian kalinya.. Disapa makcik-makcik jemaah masjid di kampung. “Ni anak bang li?”.. “Ya..(senyum)”. “Bila balik, lama dah tak jumpa..dulu kecik lagii..”. “Dua malam…