Outstation kali pertama ke program NBOS JSPT bersama warga SMK Tuanku Muhammad.

Tahun ini dalam sejarah. Sejarah apabila ini kali pertama Ummi outstation dan meninggalkan anak kecil bersama abah mereka.

Kali ini Ummi outstation bagi program NBOS JSPT bersama warga SMK Tuanku Muhammad.

Setelah sekian lama program dirancang, hari ini tibalah masanya acara bermula. Tetapi memandangkan Ummi seorang inspektor mama tidak boleh meninggalkan anak-anak lama, Ummi hanya bermalam di luar semalaman.
Acara pertama pagi tadi tidak dapat sertainya.

Perjalanan ke Kuala Pilah

Ummi datang ke Kuala Pilah dengan Cik Fariha. Orang kanan Ummi di pejabat. Tapi punya la dia sesat mencari rumah. Jadi Ummi terpaksa la ambil Cik Fa di tepi jalan. Nanti takut kena culik😆.

Kami bergerak dari Semenyih ke Kuala Pilah jam 930pagi dan sampai pada jam 1100pagi. Semasa kami sampai DSP DR Bakri sedang menyampaikan ceramah keselamatan jalan raya.

Ceramah Keselamatan Jalan Raya oleh DSP DR Bakri Bin Hj Zainal Abidin

Selepas ceramah DSP Dr Bakri adalah ceramah Oleh Ustaz Syamsul Debat. Sejam selepas ceramah Ustaz Syamsul Debat semua pelajar terlibat di lepaskan untuk makan tengahari dan berehat untuk solat.

Ceramah Oleh Ustaz Syamsul Debat

Tajuk diberikan Menuju Aspirasi Ke Arah Pelajar Cemerlang Dan bertanggungjawab. Pastinya inilah saat yang dinantikan oleh guru dan juga peserta NBOS.

Alhamdulillah ceramah yang singkat mendapat perhatian daripada peserta dan juga urusetia terlibat.

Petangnya selepas Zuhur ada program Praktikal Menunggang Motorsikal

Menariknya adik-adik ini bukan sahaja diperkenalkan dengan motorsikal tetapi cara menguruskan motorsikal. “Adik-adik tengok abang cerita, pastikan posisi begini…” sambil menunjukkan posisi.

Ketika memastikan angin dalam keadaan baik. Ianya termasuklah mengenal pasti tayar motor masih ada angin atau tidak. (Video)

Selain itu, mereka di ajar cara untuk memastikan minyak hitam motor dalam keadaan baik dan terkawal. Jadi, tujuannya adalah jika terdapat sebarang masalah pada motorsikal,pelajar tahu untuk memaklumkan kepada keluarga.

Pendedahan begini penting bagi tujuan mengurangkan nervous jika berhadapan dengan motorsikal yang rosak terutamanya ketika bersendirian.

Panas terik tidak dapat ditahan lagi. Peluh membasahi seluruh tubuh. Waktu begini lupakan sahaja make up atau apa juga yang bakal diletakkan diwajah. Semuanya lencun dan Ummi dengan fariha terus mengambil bilik. Rehat duluya.. .😎👮

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge