MILO Menerapkan Kepentingan Sahur Sepanjang Ramadhan , Kekal Bertenaga Sehingga Iftar

Ramadhan datang lagi. Tahun ini tahun kedua Along akan berpuasa secara penuh. Setiap tahun, bukan along sahajatetapi ramai kanak-kanak berusia semuda 7 sehingga 9 tahun akan menunaikan ibadah puasa buat kali pertama dalam kehidupan mereka. Milo untuk sahur, ya..itulah pilihan Ummi.

MILO ® percaya bahawa kanak-kanak seharusnya memahami asas nutrisi serta kepentingannya dalam kehidupan seharian mereka, khususnya pada bulan Ramadan.

Apabila kanak-kanak memulakan ibadah puasa mereka, ibu bapa akan berdepan cabaran untuk memberikan mereka tenaga yang mencukupi dalam tempoh yang begitu singkat untuk bertahan sepanjang hari tanpa makanan dan minuman. Selain itu, ibu bapa mungkin menghadapi kesukaran untuk menerangkan kepentingan pengambilan makanan bernutrisi semasa Sahur, disebabkan kanak-kanak biasanya tidak memahami peranan atau kepentingan nutrisi dalam kehidupan mereka.

MILO ® beriltizam untuk mendidik murid-murid mengenai kepentingan diet bernutrisi dan seimbang. ” Milo untuk sahur “.

Melalui lawatan ke sekolah-sekolah di seluruh tanah air, MILO® beriltizam untuk mendidik murid-murid mengenai kepentingan diet bernutrisi dan seimbang. Diketuai oleh pakar nutrisi, kempen ini membekalkan pelajar-pelajar dengan pengetahuan mengenai tenaga, pelbagai vitamin dan mineral, serta cara mengamalkan diet yang sihat dan
seimbang pada bulan Ramadan. Melalui konsep ‘Pinggan Sihat Malaysia’ dan beberapa panduan mudah, mereka dapat mengenali pelbagai cara untuk mendapatkan tenaga bagi menjamin tumbesaran yang sihat dan kuat secara interaktif dan menyeronokkan.

“Kami faham betapa mencabarnya bagi ibu bapa memastikan anak-anak mereka
mendapatkan tenaga yang diperlukan terutamanya pada bulan puasa. Sebab inilah MILO® mengajurkan lawatan ke sekolah untuk mendidik pelajar mengenai nutrisi serta diet yang sihat
dan seimbang.

Di samping itu, kami juga ingin menyampaikan maklumat ini kepada ibu bapa supaya mereka akan menjadi contoh yang baik dan memilih milo untuk sahur sekeluarga, kerana kami sedar bahawa ada ramai ibu bapa yang tidak bersahur disebabkan sibuk dengan anak-anak mereka,” demikian kata Nuraina Tajuddin, Pengurus Kanan Jenama, MILO®.

milo untuk sahur
“Dengan menggabungkan secawan MILO® bersama makanan harian mereka, ibu bapa dan anak-anak pasti akan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk bertahan sehinga Iftar, kerana MILO® dilengkapi MILO® Activ-Go, kombinasi unik protomalt, vitamin dan mineral untuk pembebasan tenaga yang efisien sepanjang hari,” tambah beliau.

Taklimat tersebut diikuti oleh satu sesi Senamrobik MILO® yang bertujuan menerapkan satu lagi unsur gaya hidup aktif ke dalam platform berunsurkan pendidikan ini.

Mengenai MILO®

MILO®, peneraju minuman malt coklat yang berkhasiat di Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1950. Ia terkenal dengan rasa uniknya yang digemari rakyat Malaysia. Padat dengan
kebaikan semula jadi malt, susu dan koko, ia turut diperkayakan dengan Activ-Go, satu gabungan unik pelbagai vitamin dan mineral. MILO® merupakan minuman paling popular di malaysia dan telah memupuk juara dari generasi ke generasi.Mengenai Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) Baru-baru ini, MILO® Activ-Go® telah memperoleh Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL).

HCL merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia, dan logo ini hanya akan diberikan kepada syarikat-syarikat makanan dan minuman yang memenuhi kriteria nutrisi yang ditetapkan oleh  Kementerian Kesihatan Malaysia. Logo ini mudah dikenal pasti kerana ia dipamerkan di hadapan bungkusan makanan atau minuman, sekaligus dapat membantu pengguna membuat pilihan
produk makanan yang lebih sihat.

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup dan
menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.

Sejak 1912, kami telah menjana khasiat rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari  www.nestle.com.my atau kunjungi
laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Maxine Lim
Nestlé (Malaysia) Berhad
Tel: (+603) 7965 5185
Mobile: (+6012) 353 1337
Email: Maxine.Lim@my.nestle.com
Charmayne Das
Ogilvy Public Relations
Tel: (+603) 2718 8801
Mobile: (+6011) 36232838
Email: charmayne.das@ogilvy.com

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge